Posted on 07 June 2011.
DISITA: Zakariya (dua,kiri) melekatkan notis sita barangan di salah sebuah kedai gunting rambut yang gagal membayar tuggakan cukai pintu sebanyak RM1,000 di Pekan Jitra, semalam. — Gambar Bernama
JITRA: Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) semalam menyita 30 rumah dan premis perniagaan sekitar Pekan Jitra yang mempunyai tunggakan cukai pintu sebanyak RM85,000.
Ketua Bahagian Penguatkuasa dan Tunggakan Hasil MDKP, Zakariya Ahmad yang mengetuai operasi sita itu, berkata pihaknya telah mengeluarkan notis amaran kepada mereka yang gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu sejak Januari lalu namun tidak diendahkan.
"Kita akan sita premis mereka yang mempunyai tunggakan cukai antara RM1,000 hingga RM5,000 ekoran gagal menjelaskannya sehingga tarikh tutup pembayaran pada 28 Feb lepas.
"Bagi penggal pertama (Jan-Jun) tahun ini MDKP hanya memungut hasil cukai pintu sebanyak RM60,000," katanya pada sidang media selepas melakukan operasi sita itu.
Zakariya berkata, daripada jumlah tunggakan RM3.4 juta untuk penggal pertama tahun ini, cukai pintu kediaman daerah ini adalah sebanyak RM1.4 juta. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan