Jumaat, 5 Ogos 2011

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Al-Fatihah Kepada Mangsa Kemalangan Maut <b>Di Kulim</b> (Sabtu 16.07 <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2011 09:03 PM PDT

Salam 2 all,
Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya. Saat-saat mendebarkan menantikan kelahiran cahaya mata yang pertama yang dijangka dalam bulan hadapan untuk saudara Norhusaini Hamdan akhirnya musnah setelah isteri tercinta Sharlini Yusof yang sarat mengandung anak pertama mereka meninggal dunia di dalam satu kemalangan tragis di Kulim baru-baru ini (Sabtu 16.07.2011) . 



Ketika kejadian, Sharlini berada di tempat duduk belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux  manakala suaminya yang memandu berserta bapa mentuanya berada di tempat duduk hadapan.  
Mereka sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih dalam perjalanan untuk menghantar makanan dari kedai makan yang diusahakan oleh mereka sebelum sebuah lori yang penuh dengan muatan pasir dari arah Air Merah menghala ke Taman Selasih hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan terbalik, lalu menghempap kenderaan yang dinaiki mereka manakala pasir yang dibawa oleh lori terbabit turut menimbusi mereka.




Orang ramai yang menyaksikan kejadian bergegas untuk menyelamatkan mangsa dan membantu mengorek pasir yang menimbus kenderaan terbabit.Sharlini yang tersepit di tempat duduk belakang, tetapi beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Norhusaini Hamdan dan bapanya, Hamdan Abdullah cedera dan kini sedang menerima rawatn di Hospital Kulim.
 Walaupun sudah beberapa hari kejadian tersebut telah berlaku, namun dikesempatan ini aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga roh Allahyarhammah yang sedang sarat mengandung 8 bulan ketika itu dicucuri oleh rahmat-Nya.







Nota: Untuk membaca berita lanjut mengenai kemalangan terbabit silalah tekan right click dan open new tab link-link dibawah ini:

  Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan