ads

Isnin, 29 Ogos 2011

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


2 Maut Motosikal Berlanggar Bas Ekspres <b>Di Kulim</b>

Posted: 11 Aug 2011 08:27 PM PDT

KULIM – Dua lelaki maut setelah motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di satu selekoh di KM 7 Jalan Kulim-Junjong di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian pada 5 pagi itu, bas milik syarikat Star Ekspres itu dipercayai menyeret kedua-dua mangsa bersama motosikal kira-kira 20 meter.

Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui pada pakaiannya, seorang daripada mangsa dikenali sebagai Ridwan Che Embi, 28, dari di Kampung Tengah, Alma, Bukit Mertajam manakala identiti seorang lagi belum dapat dikenal pasti.

Mayat kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Pemandu bas berkenaan, Mokhtar Hassan, 46, berkata beliau bertolak dari Melaka menuju Kulim pada 10 malam tadi dan ketika kejadian, terdapat tiga penumpang yang kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh ketika dihubungi Bernama, menasihatkan pengguna jalan Kulim-Junjong supaya lebih berhati-hati terutama di sekitar tanah perkuburan Cina di situ kerana terdapat beberapa selekoh berbahaya di situ. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved