Isnin, 8 Ogos 2011

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kursus Commis dan Demi Chef <b>di Langkawi</b> - DLanguage STUDIO

Posted: 05 Aug 2011 02:30 AM PDT

Salam hormat kepada semua. Ini adalah berita terkini mengenai kursus Commis & Demi Chef yang pada mulanya dijadualkan di SP Inn, tetapi hari ini keputusan baru telah dibuat, di mana kursus ini akan dijalankan di Langkawi. 10 perantis di dalam senarai menanti telah pun dipilih untuk menyertai kursus ini. Perantis yang terpilih adalah berdasarkan kepada permohonan yang lengkap dan calon yang layak. Hanya 3 hotel yang bakal terlibat iaitu Rebak Island Resort, The Lanai dan Tg Rhu.

Pada bulan Ogos ini, hanya 2 sessi pembelajaran teori akan diadakan, iaitu pada 16 Ogos (Selasa) dan 20 Ogos 2011 (Sabtu) di DLanguage STUDIO jam 10pg – 1 ptg. Sesi 16 Ogos adalah sesi taklimat mengenai kursus Commis tahap 1 & Demi Chef tahap 2, dan Chambermaid tahap 1&2. Sesi 20 Ogos adalah sesi pembelajaran teori yang pertama. Oleh itu diminta semua perantis yang terpilih menghadiri kedua-dua sesi bulan Ogos ini. Mulai bulan September, setiap perantis dikehendaki menghadiri 2 sesi teori dalam seminggu. Perbincangan akan diadakan pada 16 Ogos bersama perantis samada kedua sesi ini perlu diadakan pada waktu siang atau malam, atau 1 sesi pada waktu siang dan 1 sesi pada waktu malam. Jadi silalah hadir pada 16 ogos ini  supaya satu keputusan sepakat dapat diperolehi. Jadual tetap mingguan akan dikeluarkan selepas perbincangan ini. Perancangan awal jadual mingguan Commis adalah Jumaat 8-11pm, dan Sabtu 10am-1pm.

On-Job-Training : Laporan mengenai pekerjaan yang dilaksanakan bermula secara rasmi pada 8 Ogos 2011. Pihak DLS akan membantu perantis merekodkan hasil pekerjaan harian di dalam Logbook perantis ketika sesi taklimat 16 Ogos 2011.

Perhatian : Semua Pengajar yang terlibat dalam kursus perhotelan Chambermaid dan Culinary dikehendaki hadir semasa sesi taklimat pada 16 Ogos 2011, iaitu :

Pengajar (wajib hadir) : Pn Rusanah, Pn Sarina, Chef Din, Chef Khairul.

Coach (perlu hadir sekiranya berkesempatan) : Chef Zul, Pn Rokiyah, Ahmad Jafri

TAHNIAH diucapkan dan berikut adalah senarai nama perantis Sijil Kemahiran MalaysiaCommis & Demi Chef Tahap 1&2 yang telah terpilih :

  1. Mohd Firdaus Long, IC : 870501-02-5775 (Rebak)
  2. Norfazura Mohamad, IC : 800615-14-5296 (The Lanai)
  3. Nur Azizah Ramdzal, IC : 821104-02-6204 (The Lanai)
  4. Hazaniza Che Wan, IC : 860730-02-5550 (Rebak)
  5. Zaidi Mohamad, IC : 880909-26-5229 (Rebak)
  6. Mohd Yusri Abd Latif, IC : 780131-02-5823 (Tg Rhu)
  7. Siti Asa Ismail, IC : 760506-02-5574 (Tg Rhu)
  8. Norihan Abdul Raki, IC : 811110-06-5294 (Tg Rhu)
  9. Dan 2 org yg masih menunggu (Lanai)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan