Selasa, 2 Ogos 2011

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Kehidupan Kampus Hebat & Smart <b>di Pendang</b> Lake Resort - hafiz bad

Posted: 29 Jul 2011 12:26 AM PDT

Dalam pertemuan kali ini, saya telah diamanahkan oleh pihak urusetia Jom Ke Menara Gading (JOMEGA) untuk berkongsi pandangan bersama pelajar dengan beberapa obejektif penting. Objektif yang digariskan sebanyak 7 objektif terpaksa saya pikul dengan masa yang diberikan hanya 1jam 30 minit, suatu masa yang singkat untuk berdiskusi bersama pelajar - pelajar seluruh negeri Kedah. Fokus utama yang diberikan lebih menjurus ke arah Pengurusan Hidup di Universiti yang saya mudahkan dalam bahasa saya iaitu 'Kehidupan Kampus Hebat dan Smart'.
Saya telah menekankan konsep 3S yang diperkenalkan oleh YM Dr Tengku Asmadi. Walaupun begitu, konsep 3S ini telah saya ubah dan pinda mengikut acuan saya sendiri bagi memudahkan para pelajar menyelami maksud sebenar kehidupan di menara gading yang mempunyai sisi gembira dan riang di samping juga mempunyai sisi lain yang sedih dan merisaukan.
Antara perkara yang sempat saya kongsikan ialah Strategi Kehidupan Kampus Hebat dan Smart. 4 Perkara saya sempat gariskan dan kongsikan bersama para pelajar iaitu:
1. Strategi Pengurusan Masa
Apabila kita melangkah ke Menara Gading, ini bermaksud kita telah melangkah setapak untuk menjadi dewasa. Dalam fasa ini seorang ayah dan ibu sukar untuk memantau dan memerhatikan kehidupan anak mereka secara dekat. Anak mereka kini sudah merantau ke negeri orang bahkan terpaksa berdiri di kaki sendiri untuk menguruskan diri. Oleh itu, telah menjadi satu cabaran yang besar apabila anak muda ini terpaksa menguruskan masa kerana ramai pelajar gagal menguruskan masa yang baik sehingga mengabaikan tanggungjawab utama mereka.
Cendiakawan Islam telah menegaskan suatu kalimah agong iaitu Al Wajibat Aksaru Minal Awqat yang bermaksud Kewajipan begitu banyak sehingga melampaui masa yang ada. Ini bermakna apabila seseorang bergelar mahasiswa, maka segala tuntutan, tanggungjawab dan kewajipan begitu banyak dan perlu bijak menguruskan masa. Bagaimana nak bahagikan masa antara akademik, persatuan, sosial dan keluarga? Sudah pasti kebijaksanaan diperlukan dalam menguruskan masa. Mereka perlu bijak mengelak dari 'pencuri masa', mengisi masa tersembunyi dan rancang perjalanan hidup dengan masa. Ini semua dapat dilihat melalui buku penulisan Tn Hj Ahmad Fadzli Yusof yang bertajuk 'Sibuk atau Penyibuk.'
Telah menjadi lumrah sebagai mahasiswa untuk mengkhususkan disiplin ilmu dan akademik. Maka satu strategi diperlukan dalam mencapai satu keputusan yang cemerlang. Apabila kita berbicara Datuk Fadzilah Kamsah tentang rahsia kejayaan akademik maka sudah pasti jawapan yang selalu diberikannya ialah 'Study Smart Not Study Hard.' Apakah yang dimaksudkan Study Smart??? Ini bermaksud perancangan yang bijak dan mudah dalam mencapai kejayaan pelajaran tanpa perlu menghabiskan masa yang panjang.
Dalam sesi tersebut, saya ada tekankan tentang keperluan Belajar Dalam Kumpulan atau Study Group (Penjelasan Study Group akan saya ulas pada masa akan datang). Begitu juga halnya dengan keperluan berjumpa dan berbincang bersama pensyarah dalam kadar yang kerap. Di kampus orang yang membuat soalan ialah pensyarah anda sendiri dan bukan lagi tertakluk kepada Majlis Peperiksaan khususnya seperti pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Bahkan saya juga ada tekankan keperluan untuk membuat Latih Tubi. Latih Tubi ini boleh dibuat dengan memberikan penekanan kepada soalan-soalan lampau. Selalunya kebanyakkan pensyarah akan 'recycle' semula soalan dengan hanya menukar nama, figur, dan sedikit fakta. Isi soalan tetap sama seperti sebelumnya. Sebaik-baik strategi yang digariskan di atas ialah pengharapan yang tidak terhingga kepada Rabul Jalil. Untuk cemerlang atau tidak semuanya tertakluk kepada IradahNya.
 [Bersungguh-sungguh untuk bergelar mahasiswa]
 [Pelajar Putri yang hadir terdiri dari wakil pelajar seluruh Kedah]
3. Strategi Pengurusan Kewangan
Ini merupakan antara cabaran besar yang perlu digalas oleh mahasiswa. Ketahuilah bahawa setiap mahasiswa akan menandatangani perjanjian bersama PTPTN (sekiranya ambil PTPTN) pada minggu pertama permulaan pengajian. Dalam perjanjian tersebut dinyatakan jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan bayaran yang perlu dilangsaikan sesudah tamat pengajian. Namun selalunya semua itu tidak diambil kisah oleh mahasiswa kerana mereka hanya memikirkan berapa jumlah yang akan dimasukkan ke dalam bank apabila cukup semester.
Mengikut perkiraan saya, seseorang mahasiswa akan diberikan hampir RM3000 untuk duit poket mereka. Jumlah yang besar ini bakal meruntun jiwa dan iman. Manakan tidaknya, anda bakal melihat mereka yang senior menukar hp saban semester kerana mengikut trend. Seharusnya kita perlu berpandangan jauh. Duit itu patut kita laburkan untuk Tabung Simpanan bagi kegunaan kecemasan. Salurkan sedikit untuk Tabung Akhirat apabila kita menetapkan sendiri derma mingguan untuk masjid dan kegunaan persatuan Islam. Indah bukan perbelanjaan menurut Syariat??? Bahkan lebih manis kalau anda menyediakan Tabung Perkahwinan untuk persiapan diri anda. Tidak salah untuk berbelanja tapi biarlah berhemah.
4. Strategi Pengurusan Persatuan
Begitulah betapa indah dan seronoknya apabila kehidupan di kampus disulam keranaNya. Hidup di kampus menjadi sejahtera dan hebat apabila dianggap ibadah. Terima kasih kepada Ustaz Sharafi, Ustaz Majdi dan rakan-rakan PERSADA atas jemputan dan kepercayaan.

Share Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan