Khamis, 11 Ogos 2011

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Penghuni PPRT <b>Di Sik</b> Rayu Atasi Masalah Bekalan Air

Posted: 15 Jul 2011 01:59 AM PDT

SIK – Pihak berkuasa dirayu segera menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi lebih 100 keluarga di kawasan Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung Sungai Senang di sini sejak 20 tahun lepas.

Penduduk berkenaan mendakwa mereka menghadapi masalah bekalan air sejak 1991 dan hanya bergantung kepada bekalan air yang dihantar dua kali seminggu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengerusi Pertubuhan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK) Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya yang meninjau keadaan penduduk terbabit hari ini berkata suri rumah terpaksa berjalan sejauh dua kilometer untuk ke sungai berdekatan untuk keperluan harian jika air yang dibekalkan tidak mencukupi.

"Lebih memeritkan pernah berlaku kematian di kalangan penduduk di sini dan terpaksa menunggu bekalan air dihantar dengan lori untuk memandikan jenazah" katanya kepada pemberita.

Katanya keadaan itu sukar diterima kerana kawasan penempatan itu terletak dalam jarak 10km dari tasik empangan Beris yang membekalkan air ke beberapa kawasan di Kedah.

"Malah di daerah Sik terdapat dua empangan iaitu Hulu Muda dan empangan Beris," kata Tengku Zainol yang berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati dua tangki air di kampung itu sudah rosak dan setiap rumah terpaksa menyediakan tong untuk menyimpan air yang dihantar JKR.

Seorang daripada penduduk, Salmah Lat, 53, berkata berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari untuk mendapatkan bekalan air sudah menjadi perkara biasa bagi dirinya dan penduduk di situ. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hakisan Tanah <b>di Sik</b>, Kedah | Aduan Rakyat Online

Posted: 18 Jul 2011 12:11 PM PDT

Saya dari Kampung Carok Kecil, Sik , Kedah ingin membuat aduan berkenaan dengan hakisan tanah di belakang rumah saya yang berlaku pada tahun lepas, tetapi sehingga sekarang masih tindakkan dari pihak berwajib.

Saya telah menghantar 3 pucuk surat kepada pihak berkenaan dan sampai sekarang tiada tindakkan. Semakin hari tanah tersebut semakin terhakis dan masalah ini telah menyebabkan laluan utama rumah saya hampir putus dan menyukarkan kepada penduduk lain kerana jalan tersebut adalah laluan utama bagi penduduk kampung.

Sebelum ini kampung tersebut telah mengalami banjir besar akibat daripada hakisan tanah tersebut. Saya harap pihak Aduan Rakyat dapat mengetengahkan masalah saya ini, kerana saya tidak tahu ingin mengadu pada sesiapa lagi. sekian aduan saya. terima kasih.

By: Daud Bin Mat Desa

Aduan yang berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

TNB Tingkatkan Taraf Bekalan Elektrik <b>Di Sik</b>

Posted: 22 Jun 2011 09:21 PM PDT

SIK – Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM4.8 juta untuk meningkatkan taraf bekalan elektrik di daerah Sik bagi mengurangkan gangguan bekalan yang kerap berlaku.

Pengurus Besar TNB Kedah Suid Othman berkata untuk tujuan itu, kerja-kerja pemasangan tambahan bekalan 33KV dari pekan Jeniang ke Sik akan bermula dalam waktu terdekat.

Katanya gangguan bekalan elektrik di Sik kerap berlaku dan dengan penaikan taraf dengan kos sebanyak itu dapat mengurangkan gangguan bekalan kepada pengguna di daerah berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Baiti Jannati bernilai RM20,000 kepada keluarga Abu Bakar Lebai Chik, 64, yang lumpuh sejak lima tahun lalu di Kampung Cemara di sini.

Abu Bakar tinggal di rumah uzur tanpa bekalan elektrik bersama isteri Hamidah binti Seman, 41, dan anak tunggal mereka Iskandar, 16.

Suid berkata bantuan di bawah program Baiti Jannati TNB merupakan tanggung jawab sosial TNB dalam membantu keluarga daif dan keluarga Abu Bakar adalah penerima bantuan Baiti Jannati, yang keenam di negeri ini.

Katanya keluarga Abu Bakar turut menerima sumbangan sebuah kerusi roda, peralatan dapur dan sumbangan wang tunai daripada persatuan pekerja TNB di Kedah. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan