ads

Selasa, 23 Ogos 2011

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Jalan-jalan <b>di</b> pantai <b>Tanjung Dawai</b> | aimannajmy.com

Posted: 23 Aug 2011 12:58 AM PDT

Salam dan selamat berpuasa kepada semua pembaca aimannajmy dot com.Sedar tak sedar dah tinggal masuk minggu terakhir bulan Ramadhan.Sekejap sungguh masa berjalan noh.Pi mai pi mai sana sini alih-alih eh dah berada dalam fasa terakhir ramadan.Ramadhan kali ni ramai sungguh kenalan rapat meninggal dunia.Rasa sangatlah sedih.Tokcik, rakan masa sekolah dan dua sepupu dijemput Ilahi pada bulan Ramadhan yang mulia ini.Al-Fatihah.. moga roh mereka dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang diredhaiNya.. Amin.

Kelmarin dulu aku dengan member rapat time sekolah iaitu Zam atau lebih dikenali dengan gelaran "game besa" pergi ke Tanjung Dawai untuk lepak-lepak amik angin pantai sebelum waktu berbuka.Kami datang bersama dengan kawan-kawan yang lain lagi untuk berbuka ramai-ramai di Tanjung Dawai ni tapi depa tak sampai lagi so kami ja la sampai awai dulu.Cerita berbuka puasa di Tanjung Dawai dengan kengkawan ramai-ramai akan aku cerita di entri yang lain huhu.

So apa ada kat pantai Tanjung Dawai ni? So nak dapatkan gambaran yang lebih jelas sila lihat video kat atas ni.Time aku mai hujan dan turun rintik-rintik so takleh la lepak lama-lama cari idea.Mai amik gambaq ngan video lebih kurang pastu.. dah lepak kat gerai huhu.Kalo mai musim kutip kerang syok la. Meriah sikit kan.Haha kat pantai ni lah kalo nak melepaskan frust atas sebab cinta ka, atas sebab keja ka memang boleh menenangkan jiwa.Pernah dengar lagu dari kumpulan tropika tak (sekarang dikenali sebagai Jinbara)? Cinta Pantai Merdeka? Kalo yang mungkin tak pernah dengar maka refresh kembali minda anda sila dengar dan hayati video muzik dari kumpulan tropika (jinbara) kat bawah ni.Videoklip pertama tu dah update dari versi asal.Lokasi rakaman di Gunung Jerai.Videoklip kedua tu yang versi original yang dirakam di sekitar Tanjung Dawai.Aku takleh embed so aku letak link ja huhu.

Videoklip pertama

Videoklip kedualokasi rakaman di tanjung dawai.Sila KLIK untuk tengok

So anda dah tengok videoklip kat atas? Hehe leh perasan tak lokasi video klip tu dekat Tanjung Dawai jugak.Dalam lirik lagu ni juga dimentionkan tentang Tanjung Dawai.Cuba dengar part " Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai " pastu part "Oh indahnya peristiwa cinta kita di Pantai Merdeka " So dalam video yang aku capture aku ada bagitau pasai kat mana letaknya pulak pantai Merdeka.. Dekat ja.Tak jauh mana pun sekentut sampai dah kalo berenang hehe.Tengok video aku capture untuk pemahaman hehe.

So pantai Merdeka ngan pantai Tanjung Dawai ni telah menyaksikan banyak peristiwa cinta yang putus di tengah jalan dan peristiwa cinta yang berjaya sampai ke jinjang pelamin huhu sampaikan ada lagulah tercipta sempena nama pantai Merdeka dan Tanjung Dawai.Aku juga telah banyak menyaksikan peristiwa cinta member-member aku kat sini huhu.. asal cam frust becinta ja pi lepak Tanjung Dawai.Ada jugak dating kat sini.Ada jugak 'declare' kat sini hoho.Macam-macamlah cerita kengkawan aku ni.Kalo depa kapel sesama kot belah ni, mesti ada ja cerita pasai Tanjung Dawai huhu.

Kat area Tanjung Dawai ni jugak terdapat banyak kampung nelayan, pastu ada gerai tepi jalan jual barangan laut, pastu restoren ikan bakaq ni memang sepanjang pantai tu leh nampak.Camana nak pi Tanjung Dawai ni? Google Maps kan ada haha.Nak senang keluar ja exit Tol Plus Sungai Petani selatan straight ja.. pastu ikut signboard berkaitan cam Semeling, Merbok pastu nanti adalah signboard Tanjung Dawai huhu.Kalo dari rumah aku ni tak jauh mana pun jalan standard mau jugal dekat 30-45 minit.Kalo jalan shortcut 20 minit ja.Jalan shortcut aku tak pandai sangat.Berbelit-belit serupa cerita Harry Potter huhu.

Tanjung Dawai paling terkenal dengan juadah ikan bakaq.Haa bab ni nanti aku cerita detail kat blogpost yang lain.Selain tu boleh la bawak marka berjanji bersumpah setia haha.. tapi jangan dok buat benda tak elok pulak.. ni pantai terbuka, banyak mata memerhati huhu.Bawak famili makan-makan angin laut.Tempat cari ketenangan, cari idea buat lagu ka haha.Dari segi kebersihan memang tip top, tak nampak la sangat kotor atau ada sampah-sampah.Taktau la hari lain.Time ni aku mai suci ja pantai ni bersih.Nak kata boleh mandi tu tak sesuai kot.Cuba tengok dalam video yang aku capture kat atas sesuai ka dak nak mandi hehe.. kang abih berselut time mandi hehe.

Time aku mai ni tengah sunset.Memang cantik sungguh la pemandangan.Kot la sapa nak buat pre wedding shoot pun cantik gak.Aku pun dah lama tak mai sini.Jarang-jarang la aku mai.Last aku mai 2 tahun lepas camtu pasai ada gathering budak-budak sekolah aku.So jangan lupa jadikan Tanjung Dawai sebagai destinasi cuti-cuti anda hujung minggu.Jumpa di lain entri.Entri pasni aku cerita pasai berbuka puasa di Tanjung Dawai pula.Nantikan… Selamat berpuasa…

En Zam a.k.a "Game Besa" malu nak tangkap gambar muka

Eh aku bulan posa ni nampak cam kurus sikit.. (perasan padahal tahan kempis perut huhu) Mata terpaksa dikecikkan akibat panahan cahaya sunset huhu

Share

from your own site.

BLOG KEDAH: 02 <b>di tanjung dawai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di tanjung dawai</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Food at Home: Seafood <b>di Tanjung Dawai</b>

Posted: 19 Jul 2011 03:56 AM PDT

Best Blogger Tips
Sekarang ni saya masih berada di kampung halaman, melarikan diri dari kesibukan kota apatah lagi dengan roadblock sana sini. Tak tahanla bila jammed selama 3jam untuk trafik gerak sejauh 100meter. Kena pada masanya saya dapat surat berkursus kebetulan di utara tanah air....peluang saya la untuk bercuti ke kampung sekali. 
 Semalam punya dinner, saya dan mr. Soulmate berdating di bawah bulan purnama sesambil kena angin sepoi2 bahasa tepi pantai Tanjung Dawai. Makan tepi pantai sambil dengar desiran ombak memangla best berdating hehehehe. Sampai je Tanjung Dawai memang banyakla kedai makan tepi-tepi pantai ni dengan hiasan lampu bermacam-macam color tapi kami memang dah ada tempat favorite kat sini. Kedai makan ni memang kedai setiala setiap kali kami datang makan sini, kedudukannya yang paling hujung sekali....kena melalui kedai-kedai yang lain. Pelanggan akan diberi pilihan untuk memilih sendiri seafood yang disediakan dihadapan pintu masuk,nak jenis apa?besar ke kecik ke ikut kemahuan dan selera masing-masing.
 Saya pilih semuanya yang saiz yang paling kecik sebab makan berdua je pun. Saya makan sotong besar buat bakar, kerang buat rebus dan ikan merah masak 3rasa, tak lupa sayurnya kerabu pelam. Semua seafood fresh dan manis rasanya. Dah lama tak makan seafood yang fresh plus tepi pantai pula tu, kalau tidak kalau nak makan seafood je kena cari kat tesco,giant atau tidak kat jusco ermmmm.....paham-pahamla tahap kefreshnessnya. Time makan je sunyi sepi mengadap makanan sampai licin, sedar-sedar perut pun sebu akibat kekenyangan yang teramat sangat. Esok saya akan berkursus di utara tanah air dan kursus akan bersambung lagi di Cyberjaya pula. Tak lupa juga percutian yang kami berdua rancangkan sejak setahun yang lalu ke seberang lautan. Entah bila pula masa untuk masak memasak kat rumah sendiri ni memandangkan masa pun agak terhad, mungkin entry yang akan datang banyakla saya cerita mengenai Jalan-jalan Cari Jalan terutamanya makanan yang belum pernah saya rasa di tempat orang. Maka dapur kat rumah pun tak berasapla sampai bulan Ramadhan nanti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG KEDAH: 02 <b>di tanjung dawai</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

WARNA PELANGI HATI: makan bersama <b>di tanjung dawai</b>.

Posted: 03 Jun 2011 04:55 PM PDT

HYE SEMUA !

Assalammualaikum.

Hari ni hari jumaat bersamaan 3 JUNE 2011. Er.motif ?

Setelah seminggu pelangi berada di UiTM Merbok,Kedah ni,baru la malam ni dapat berkumpul bersama rakan-rakan rapat ( bukan setakat rapat,tapi kami memang sangat2rapat,baik buruk pelangi,semua mereka tahu. )

Awalnya,rancang nak makan-makan kat kedai-kedai tomyam depan UiTM tu je,tapi dengan budi dan jasa baik Aqmil,dia ajak pergi ke tanjung dawai,makan seafood kat sana. ( perkara yang tidak dirancang biasanya selalu jadi ) .

Aqmil bawak pergi tempat baikk punya,MURAH DAN SEDAP.terima kasih pakcik peramah.Kami order SET A consist of ( cehceh,ingat buat essay ke ? aha.) ikan siakap 3 rasa seekor,ikan merah bakar seekor,tomyam campur 2 mangkuk besar tu , sayur kailan 1, sayur kangkung 1, telur dadar 7 biji,air tembikai satu jug,air epal 1 jug,ais kosong satu jug,nasi 11 ( untuk pengetahuan kami makan 7 orang je,lagi 4 tu faham2 jela,melantak ! ) hehe.er,belum masuk lagi pakej kecik2,macam sambal belacan,ulam-ulaman,sambal ikan bakar,wahh,makan besar !

Nak tahu tak berapa total semua tu ? nak tau x ?

Jeng3…

-

-

-

RM 100 TEPAT !

Murah sangat,sebelum ni kami makan kat kedai sebelah kedai tu,RM 80 semate-mate ikan bakar seekor dgn kerang bakar .Memang kedai ni akan jadi port kami selepas ni yer,harap maklum.

Kenyang sangat! Alhamdulillah..Thanks kepade driver kami ! :D

p/s : RM 100 tu kami bahagi 7 la,haha.:)

Photobucket
barulah cukup semua ! :)

credit to Fatin Ainur ! :)
kami kenyang sudah,alhamdulillah,sesi photography pulak,tapi tak banyak, tak boleh lama sebab takut kena tahan dengan Pak Guard, opsss,polis la,bukan Pak Guard dah

Photobucket

ADE MASE JUMPA LAGI.
BYE2 TANJUNG DAWAI !
KEMBALI KE MERBOK SEMULA :)
p/s : tanjung dawai dengan merbok dekat je la,haha

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved