02 di baling - Google Blog Search |
Banjir <b>di Baling</b>, persiapan raya terjejas Posted: 28 Aug 2011 09:00 AM PDT Hujan lebat lebih empat jam sejak tengah hari ini menyebabkan ribuan penduduk panik dengan sebahagian daripada mereka gagal menyelamatkan harta benda. Kira-kira tujuh keluarga di Kampung Banggol Chicar Kupang terpaksa berbuka puasa dalam banjir pada paras 0.5 meter. Imam surau kampung berkenaan, Hashim Alias, 48, berkata, air mula naik kira-kira pukul 7.30 malam menyebabkan dia hanya sempat minum air sebelum berusaha menyelamatkan keluarga dan harta benda. Dua anaknya, Nazirah 21, yang sarat mengandung dan Mashitah, 24, yang masih dalam pantang terpaksa meredah banjir untuk menyelamatkan diri. Pekan Kupang turut dinaiki air menyebabkan berpuluh peniaga terpaksa menyelamatkan barang perniagaan masing-masing. Antara kampung yang turut terjejas teruk ialah Kampung Belakang Sekolah, Kampung Belakang Panggung, Kampung Raja, Kampung Tanah Periuk Pekan Khamis, Kampung Landak, Kampung Padang Cina dan Kuala Pegang. Turut dinaiki air adalah Kampung Sadik, Jerai, Bukit Terabak, Banggol Lahar dan Gua Reban dengan beratus buluh lemang untuk persiapan hari raya milik penduduk turut dihanyutkan air. - Utusan |
You are subscribed to email updates from di baling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan