Selasa, 20 September 2011

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Mohd.Solihin Remaja Koma <b>Di Baling</b> Helmet Oleh

Posted: 14 Sep 2011 06:01 PM PDT

Sebentar tadi ada seseorang telah khabarkan kepada Belalang yang Mohd.Solihin,14, yang telah koma akibat dibaling helmet oleh anggota polis, meninggal dunia hari ini. Klik sini untuk membaca berita tersebut disini.

Dan ketika cuba mencari bukti kebenaran kisah ini, Belalang telah berjumpa dengan artikel mengenai kematian Mohd.Solihin di blog PAS Kawasan Padang Besar.

Berikut adalah berita mengenai hal tersebut yang Belalang ambil dari blog berkenaan-

Remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, yang koma sejak bulan Ramadan lalu meninggal dunia pagi tadi.

Mohd Solihin Che Kassim mengalami kecederaan didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya semasa kejadian yang belaku pada satu malam di bulan Ramadan lalu.

Difahamkan keluarga beliau tidak membenarkan bedah siasat dilakukan sedangkan pihak polis meminta bedah siasat diadakan dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Anggota polis berkenaan juga difahamkan telah digantung tugas.

Harap anggota polis berkenaan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Semoga roh arwah tenang di sana. Al-fatihah

Lagi berita mengenai arwah disini

Related posts:

  1. Remaja Koma Dibaling Topi Keledar
  2. Mohd. Ashraf Lelaki Memohon Untuk Bertukar Nama Wanita Meninggal Dunia
  3. Anggota Polis Patah Kaki & Alami Komplikasi | Motor Ditendang Peragut
  4. Dirogol Berkali-kali Oleh Jiran
  5. Penculikan Oleh Abu Sayyaf | Tuntut RM5.6j Dari Isteri Mangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan