02 di jitra - Google Blog Search |
Video pelajar dipukul bertubi tubi oleh senior sekolah agama <b>di Jitra</b> <b>...</b> Posted: 08 Sep 2011 04:27 PM PDT No of View :1219 ABU BAKAR (kanan) dan Danial masing-masing menunjukkan laporan polis dan rakaman video kejadian pukul oleh pelajar senior di Alor Setar semalam. Seorang bapa terkejut apabila menonton video anaknya dipukul bertubi-tubi oleh seorang pelajar senior di asrama sebuah sekolah agama di Jitra dekat sini. Kejadian dipercayai berlaku pada 2 April lalu kira-kira pukul 6.15 petang tetapi hanya disedari Abu Bakar Salleh, 43, setelah menemui satu kad memori lama telefon bimbit milik anaknya itu, Danial Wafiy Nuruddin, 14, awal Julai lalu. Katanya, klip video yang memaparkan aksi pelajar tingkatan tiga menyepak, menumbuk dan memukul anaknya itu dengan kayu dipercayai dirakam salah seorang rakannya. "Saya amat terkejut dan sedih melihat Danial diperlakukan seperti itu. Danial takut dan trauma sehingga sanggup menyembunyikan perkara itu selama beberapa bulan. "Ia hanya terbongkar setelah kami menemui satu memori kad daripada telefon bimbit lamanya. Jika tidak entah apalah nasibnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Bongok, Alor Janggus di sini semalam. Menurut Abu Bakar, beliau membuat laporan di Balai Polis Jitra kerana bimbang dan risau dengan keselamatan anaknya ekoran kejadian tersebut. ![]() Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di jitra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan