Ahad, 11 September 2011

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


4 kilang <b>di Kulim</b> Hi-Tech perlu bayar tunggakan – SADA <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 01:04 AM PDT

4 kilang di Kulim Hi-Tech perlu bayar tunggakan – SADA

4 kilang perlu bayar tunggakan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.mу


Adzmi Din mengiringi Azizan Abdul Razak (melambai tangan) ketika hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya SADA di Alor Setar, kelmarin. – MINGGUAN/KAMAL BASIR


ALOR SETAR 10 Sept. – Syarikat Air Darul Aman (SADA) meminta pihak pengurusan empat buah kilang di Kulim Hi-Tech dekat sini menjelaskan segera tunggakan bayaran sejak Oktober lepas yang berjumlah kira-kira RM100,000 setiap kilang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din, keengganan mereka membayar tunggakan tersebut disebabkan kekeliruan berhubung tarif air yang baharu iaitu RM1.05 meter padu berbanding RM1 sebelum ini.

Beliau berkata, kenaikan tarif air itu diputuskan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diwartakan oleh Kerajaan Pusat Oktober lalu, membabitkan premis perniagaan, perumahan, sekolah dan pusat pengajian tinggi seluruh Kedah.

"Kilang di Kulim Hi-tech masih mendapat keistimewaan sebenarnya kerana tarif air yang dikenakan jauh lebih rendah iaitu sehingga 73 peratus berbanding kawasan perindustrian lain.

"Adalah tidak benar jika ada mengatakan SADA menindas kilang di situ dengan tidak menerima apa-apa subsidi daripada penstrukturan semula itu," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SADA di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Adzmi, kos penyelenggaraan operasi SADA antaranya caj bekalan elektrik meningkat sehingga RM9 juta sehingga Julai tahun ini berbanding RM4 juta pada 2007.


Video Wajib Tengok


Sumber: www.youtube.com


"Subsidi masih ada walaupun tarif air meningkat kerana kenaikan kos tersebut termasuk kos bahan mentah dan tenaga kerja," katanya.

Adzmi bagaimanapun memberi jaminan isu tersebut akan diselesaikan memandangkan ia hanya membabitkan kekeliruan berhubung kenaikan tarif tersebut.

"SADA akan menggunakan pendekatan lembut iaitu berunding dan memujuk syarikat tersebut serta menunjukkan perbezaan antara caj di tempat lain dan Kulim Hi-tech," katanya.

Beliau pada masa yang sama menafikan akan menjalankan operasi pemotongan bekalan air di kilang tersebut ekoran caj yang tertunggak sejak Oktober lalu.

"SADA cuma menghantar notis pemberitahuan tentang tunggakan tersebut dan ia adalah prosedur biasa. SADA juga sedia berunding dengan syarikat terbabit bagi membolehkan mereka menjelaskan tunggakan tersebut.

"Kilang-kilang lain tidak mempunyai masalah dan sudah pun menjelaskan bil mereka mengikut tarif ditetapkan. Cuma empat buah kilang ini saya enggan berbuat demikian dan kita berharap mereka menjelaskan secepat mungkin," katanya.

Kredit tο: http://www.kedahlanie.info/2011/09/4-kilang-di-kulim-hi-tech-perlu-bayar.html

Artikel Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan