Sabtu, 10 September 2011

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kerabu Bronok hanya <b>di Langkawi</b> | Mata Hati Mekar

Posted: 15 Aug 2011 09:00 PM PDT

Selamat berpuasa kepada pembaca mymekar.com. Sedar tak sedar, hari ni kita dah melepasi Ramadhan yang ke 16. Macamana dengan ibadah yang kita lakukan? Harap semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada halangan besar.

Sepanjang ramadhan ni, cerita tentang makan memang seronok untuk dibualkan. Oleh itu, gambar makanan yang saya publish ni bukan semata2 mahu mengujakan anda tetapi ada info yang mahu saya kongsikan. Telan saje air liur kalau anda teruja dengan hidangan kali ni  :lol:

Apa itu Bronok ?

Anda pernah dengar nama bronok ?…. Baru-baru ni dalam artikel lepas, saya pernah publish cerita tentang kuih bronok atau kuih sagu. Tapi kali ni maksud bronok bukanlah nama sejenis kuih tetapi ia merupakan sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Bronok dimakan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti melayu di Langkawi, Kedah.

ha..ni la bronok yang saya maksudkan. ia berwarna coklat atau merah jambu. rupa macam gamat tapi bukan gamat. adik-beradik sea cucumber ! . ada berani makan ! eee… macam lintah.

scroll…

-

-

Taraaa………

bronok yang telah dijadikan kerabu. bila dah jadi kerabu memang tak nampak lagi rupanya yg menggelikan itu. bronok tak boleh dimasak. kalau kena panas terus jadi cair. itu sebabnya sesuai digaul buat kerabu ja.

Pertama kali menikmati kerabu bronok adalah semasa dinner di warung makcik Rajmah di Kg Sungai Triang. Masa makan tu saya tak pernah tahu apakah si bronok ni.  Yang saya tahu, mulut saya mengatakan ianya sedap. Sungguh… memang sedap. Bronok ni dari segi rasanya agak masin, isinya lembut dan sedikit kenyal seakan-akan isi kelapa. Lagi berselera bila dimakan bersama nasi panas. Sejak daripada tu, setiap kali datang ke Langkawi saya mesti mencari kerabu bronok untuk menikmati keenakkannya.

Semalam semasa saya ke pasar di Padang Mat Sirat ternampak orang menjual bronok ni. Selonggok bronok berharga rm 2. Suami saya terus beli. Nak suruh saya projekkan bronok ni memang saya tak tahu. Jadi kami pegi kedai makcik Rajmah dan minta dia sediakan kerabu bronok khas untuk kami.

juadah berbuka puasa semalam. order dari makcik rajmah

Walaupun rupa paras bronok ni huduh, tetapi ketahuilah anda bahawa ia merupakan makanan yang berkhasiat (macam khasiat gamat juga). Ia boleh digunakan sebagai ubat luka ringan, sakit sendi, radang, asma, paru-paru, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Satu lagi saya pernah dengar bronok ni bagus juga untuk manfaat kesihatan kaum lelaki.

Sekarang anda semua dah tahu kan apa itu bronok?  Jadi bagi sesiapa yang belum dan ingin mencuba bolehlah datang ke Langkawi dan rasainya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan