02 di padang terap - Google Blog Search |
Umno <b>Padang Terap</b> ulang skrip lama Posted: 13 Sep 2011 03:13 AM PDT Tiga hari sudah berlalu cabaran Dewan Pemuda PAS kawasan Padang Terap. Nampaknya, tiada respons daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap. Gagallah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut. Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umnomenjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. Sehingga, lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki yang dipertua, setiausaha, ketua Pemuda, ketua Muslimat dan ketua ulama sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi X dan Y. Zaman Jepun bolehlah. Ada beberapa teori kegagalan: (1) Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong. (2) Gagal untuk membuktikan isu sebenar, maka spin jadi isu komunis. Sebenarnya hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan 'kejayaan' mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan perjuangan Berapa orang keluar sebab komunis. Bahkan pekung Umno semakin terbuka apabila profesr yang mesra Umno sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik. (3) Umno akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar Umno. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap. Kalau Umno nak mulakan, ayuh! Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya Umno sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar. (4) Kerisauan kebangkitan ahli Umno lain yang dipinggirkan bantuan. Walaupun sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli Umno sendiri tak dapat. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli Umno yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS. (5) Umno terkejut. Rakyat Padang Terap terkejut. Rrakyat Malaysia, bahkan ahli Umno sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salah guna secara tidak beretika pemimpin Umno Padang Terap duit sebuah syarikat pembinaan. Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti Umno. Duit tu hak milik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumat yang tersebar ini mengatakan: "Aku tida reda walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan Umno dengan menggunakan duit rakyat, iaitu aku". Sebelum ini mereka anggap Umno adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin Umno. (6) Kerisauan bahawa ada lagi pendedahan yang akan dibuat. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan. Silakan. Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin Umno yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya. - Ustaz Mohd Nasir Zakaria Penulis merupakan anggota parlimen Padang Terap dan ketua Pemuda PAS kawasan sama. TERAPCARE - Tabung Kebajikan Al-Masakin Kepada anda yang sukar mengakses weblog melalui http://blog.marhaen.info atau yang ingin menerima info/artikel terkini, sila sertai Open Group FaceBook Weblog M@RHAEN . MAKLUMAN: Tabung Senggaraan Weblog M@RHAEN/Laman M@RHAEN telah tidak bertambah sejak tiga atau empat bulan yang lalu dan mempunyai baki untuk DUA bulan sahaja lagi. Pelbagai iklan disiarkan di weblog khususnya BIDVERTISER yang digunakan menampung akaun PayPal, hanya berupaya mengumpul USD3.63 sejak beberapa bulan yang lalu manakala iklan Advertlets yang diletak sejak bulan Mac lalu, masih TIDAK membayar walau satu sen pun. Sumbangan atau infak anda amat-amat diperlukan agar weblog ini dapat terus beroperasi sehingga PRU ke-13. Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Warga FaceBook Pro-Pakatan: Anda yang menyertai Road To PutraJaya (RTPJ) melalui promo Laman M@RHAEN dan sahabat-sahabat Laman M@rhaen, Weblog M@rhaen, terutama yang beragama Islam, SILA TARIK DIRI daripada Grup berkenaan dengan segera. Rujuk artikel berkaitan: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ ARTIKEL-ARTIKEL PILIHAN http://twitter.com/#bloggerpakatan KEMBALI KE MUKA DEPAN |
You are subscribed to email updates from di padang terap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan