ads

Rabu, 5 Oktober 2011

02 di gurun kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Sep 2011 03:30 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo <b>di Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 14 Apr 2011 08:17 AM PDT

Vauxhall Astra Turbo 2 Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo di Gurun, Kedah

Saya antara yang bertuah hari ini kerana walaupun berada jauh nun di utara, akhirnya terserempak jua dengan dua buah Proton Persona R dengan diiringi oleh sebuah model Vauxhall Astra Turbo berwarna biru. Lebih kurang petang tadi selepas pulang dari pejabat, dari kejauhan saya melihat ada sesuatu yang pelik apabila sebuah kereta yang jarang-jarang dilihat iaitu Vauxhall Astra Turbo berada bersebelahan dua buah kereta yang ditutup dengan kain. Apabila berhenti di situ tidak syak lagi yang berbungkus itu adalah Persona R.

Saya mengambil peluang untuk beramah mesra dengan staf Proton yang sedang menjamu selera di situ, cuba menemubual serba sedikit namun mereka profesional, hanya sedikit maklumat sahaja yang saya dapat, saya faham Proton sudah tentu tidak mengizinkan kakitangannya membocorkan rahsia syarikat kepada orang luar. Saya menunggu sehingga mereka selesai menjamu selera, dan bungkusan kain dibuka akhirnya saya dapat melihat dua buah Persona R dari jarak agak dekat, cukup untuk melihat bentuk sebenar bagaimana model kereta terbaru Proton itu direka.

Vauxhall Astra Turbo 4 Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo di Gurun, Kedah

Sempat melihat bahagian interior, boleh tahan tetapi rasanya itu bukannya produksi final, sekadar diletakkan agar Persona R itu boleh dipandu. Melihat keseluruhan interior, saya syak Persona R itu hanya digunakan untuk menguji enjin dan transmisi sahaja. Pelekat hitam yang dikenakan ke seluruh bahagian kereta itu masih lagi berat seperti mana anda dapat lihat di sini, seratus-peratus sama seperti apa yang saya lihat tadi. Berkenaan rekabentuk, anda tahu saya seorang yang cerewet dalam menilai sesebuah kereta. Bagi saya kecantikan rekabentuk sesebuah kereta adalah paling utama berbanding perkara-perkara lain.

Saya mengharapkan Persona R akan tampil dengan rekabentuk lebih bergaya, elegan dan mempunyai 'design language' dramatik seperti mana adaptasi daripada falsafah 'fluidic sculpture' Hyundai terhadap Sonata baru, tetapi saya tidak melihatnya pada Persona R. Mungkin itu hanya model konsep yang masih dalam ujian di jalanan, segalanya seperti diletakkan ala kadar sahaja, harap model produksi final nanti Proton akan menunjukkan wajah sebenar Persona R yang menawan itu. Tetapi baru-baru ini seseorang mengatakan jangan terlalu mengharap sangat terhadap rekaan Persona R, dan saya terfikir perkara yang sama tadi.

Vauxhall Astra Turbo 8 Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo di Gurun, Kedah

Saya sempat mengambil beberapa keping gambar Persona R tanpa kain penutup, tetapi disebabkan beberapa perkara yang telah dipersetujui sebelum itu, saya membuat keputusan untuk berpegang pada janji, tidak akan menyiarkan foto-foto tersebut dalam internet, walaupun di dalam blog ini, sekadar untuk tatapan peribadi sahaja. Tetapi satu perkara yang menghairankan saya ialah apakah tujuan sebenar Vauxhal Astra Turbo mengiringi Proton Persona R tadi? Setakat itu sahaja maklumat yang saya dapat kongsikan di sini, anda boleh lihat galeri gambar seperti mana yang dipaparkan. Untuk melihat video Vauxhall Astra Turbo, anda boleh klik di sini.

Tajuk post berkaitan :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved