02 di kuala ketil - Google Blog Search |
ZAMIEDA..LIFELINE: JOMJALAN SAHUR <b>DI KUALA KETIL</b> KEDAH Posted: 25 Aug 2011 11:30 PM PDT salam.. baru nak up cerita sahur ni...dah berapa lama terperap kat draf ntah. kisah bermula pada hari Jumaat (5.8.2011) malam. penghuninya adalah sepasang suami isteri warga emas yang tidak mempunyai cahayamata.rumah yang sederhana tapi di kelilingi dengan berpasu2 pokok bunga.....rugi sebab tak berapa nak nampak bunga2nya dalam suasana gelap tu.seronok bersembang dengan pasangan ni terutamanya 'mak tuan'......sangat kelakar.kena plk dgn ahli2 NARC dan salah seorang staff Sinar yg kepala tak berapa nak betul...pukul 2 pagi rasa mcm waktu siang. di sini kami dijamu dgn bihun goreng dan air kopi serta teh panas.makan atas tikar kat laman rumah jiran mereka....best.dengan makanan yg sedap & suasana sejuk angin segar di kampung. jalan ke rumah ke dua ni memang mencabar...malam2 buta dengan gelapnya tu,kami dibawa oleh penghulu melalui jalan kebun getah & kelapa sawit yang sunyi sepi.jalannya berbelok2...siap naik turun bukit lagi...perghhh...kalau sorang2 memang tak berani lalu.dari simpang jalan besar ke rumah makcik ni adalah dalam 20 minit kot. makcik yg ke dua ni tinggal seorang diri.suaminya meninggal beberapa tahun yg lepas,mempunyai seorang anak peliharaan yang tinggal berasingan.makcik ni sering dilawati oleh anak menantuya.masa kami tiba ada cucu menantu yang menemani.makcik ni masih kuat fizikalnya tapi agak pendiam. kat sini sahurnya adalah nasi tomato 'super sedap'....memang sedap sangat.kalau buat berniaga mmg beraturlah pelanggannya. menurut JKK kampung ni.jalan bengkang bengkok yang kami lalu tadi adalah jalan asal yang diteroka oleh arwah suami makcik ni masa mereka mula2 tinggal di kampung tersebut.tak terbayang betapa kuatnya semangat mereka untuk survive... sekitar jam 3.30 pagi kami bergerak ke rumah ke tiga...kami dibawa melalui jalan lain..bukan jalan yg kami masuk tadi.jalan yang lebih elok & dekat dengan jalan utama......saja ja depa nak bg kami adventure lebih masa memula tadi tu. penghuninya seorang warga emas yg tinggal bersendirian.tapi rumah makcik ni di kelilingi rumah adik beradiknya yang lain.rumah kampung yang sangat lapang.susah nak jumpa rumah macam ni sekarang.halaman luas...ruang dalam rumah pun selesa..dengan mengantuk mata & suasana sejuk di kampung...best sgt kalau boleh 'landing'. kat sini sahurnya dah jadi macam kenduri...siap berhidang.lauk2 kampung yang best...terutamanya sup daging segar.tapi saya lebih suka makan petai masak lemak.selalu makan sambal ja tetiba jumpa yg dibuat masak lemak rasa pelik plk...tapi sgt sedap. lepas bersahur...dlm keadaan mata yg layu & kuyu kami bergerak balik....sampai rumah lebih kurang jam 6.30 pagi.lepas solat subuh terus ja...dummmmm... ***di setiap rumah yg disinggahi,penghuninya dihadiahkan dengan hamper,wang tunai,pakaian,beras dan jus.semua sumbangan adalah dari Sinar Harian,warga NARC dan dermawan2 lain. ***makanan dimasak oleh penduduk kampung tetapi bahan2 disediakan dari wang sumbangan |
You are subscribed to email updates from di kuala ketil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan