ads

Selasa, 4 Oktober 2011

di negeri kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


<b>Kedah</b> Times: Agro-Hub <b>negeri Kedah</b>

Posted: 21 Sep 2011 07:04 AM PDT

Kedah Times ada melalui kawasan tersebut yang dikatakan berhampiran Hospital Sg Petani dan Komplek Mahkamah. Memang ada pembinaan tetapi nampak gayanya bukan tempat memproses dan mengetin hasil pertanian. Sebaliknya ia dibina untuk menjadi pusat pengumpulan sahaja.
Tak apalah mungkin nampak macam pusat mengumpul tetapi kita bersangka baik yang ianya adalah pusat seperti yang dikatakan pihak Kerajaan PAS ... mengumpul, memproses dan mengetin.
Tetapi rujuk apa yang dikata dibawah:

10,000 pemilik dusun tagih janji MB Kedah
KUALA NERANG 21 Ogos - Lebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap kecewa dengan kerajaan negeri Kedah yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.
Seorang pemilik dusun, Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.
"Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.
"Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak," katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.
Abdul Fatah, yang juga bekas anggota Pas, berkata, mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.
Mizan Ahmad, 45, pula berkata, rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan. — BERNAMA.


Pusat Pengumpulan Buah-buahan Dibina Kerajaan Negeri Masih Tidak Beroperasi
SUNGAI PETANI, 26 Ogos (Bernama) -- Pusat pengumpulan buah-buahan Lembah Jerai di sini yang didakwa kerajaan negeri Kedah mampu mengatasi lambakan buah-buahan sebenarnya masih belum beroperasi seperti yang dijanjikan.

Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof berkata pusat pengumpulan itu hanya projek kosong yang digembar-gemburkan bagi mengaburi mata rakyat untuk meraih sokongan mereka.

"Pusat pengumpulan buah-buahan Lembah Jerai, bila kita tengok papan iklan cantik, orang ramai tengok pun terharu yang kerajaan negeri ini mengumpul buah-buahan orang kampung, tetapi bila kita pergi ke tempat yang buah dikumpul, kita tengok tiada apa-apa, kosong walaupun ada khemah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di Jeti Semeling dekat sini Khamis malam.

Beberapa hari lalu, lebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap melahirkan rasa kecewa kepada kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di pusat pengumpulan produk pertanian di sini.

Mereka mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan dan kerana itu mereka tidak menjual seperti biasa kepada peraih tetapi akhirnya buah-buahan itu rosak tidak diambil.

Shahanim berkata lokasi projek pusat pengumpulan buah-buahan berkenaan tidak strategik kerana dibina di pekan Sungai Petani, tempat yang tidak mempunyai hasil pertanian yang banyak.

"Sepatutnya mereka kena buat di perkampungan yang orang kampung ada hasil-hasil pertanian contohnya di Baling, Padang Terap, Pokok Sena, sana ada rambutan banyak, ataupun adakan cawangan kecil di situ," katanya.

Shahanim, yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Petani, berkata kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan projek untuk kepentingan rakyat dan kurang kemampuan membuat kerja dengan baik sekaligus merugikan rakyat. -- BERNAMA

Pemilik Dusun Perlu Jumpa Pengurusan Produk Pertanian - MB Kedah
ALOR SETAR, 22 Ogos (Bernama) -- Pemilik dusun di Kedah perlu berbincang dengan pengurusan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian atau Pusat Pengetinan Buah yang beroperasi di Sungai Petani bagi mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri mengalu-alukan hasrat pemilik dusun menjalinkan kerjasama membekalkan buah-buahan tempatan untuk diproses dan ditinkan di dua pusat terbabit.

"Saya dah nyatakan kepada mereka jika ada lebihan buah-buahan, terutama rambutan, boleh hantar kepada pusat pengumpulan dan pengetinan. Mereka perlu berurusan dengan pihak pengurusan terlebih dahulu untuk bincang demi kebaikan kedua-dua pihak.

"Mereka tidak perlu bimbang mengenai lambakan buah pada musim akan datang kerana dua pusat tersebut memerlukan bekalan bahan mentah sepanjang musim," katanya ketika diminta mengulas kekecewaan lebih 10,000 pemilik dusun di daerah Padang Terap terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal melunaskan janji untuk memungut buah-buahan berkenaan.

Azizan berkata kerajaan negeri menggalakkan pemilik dusun menjual hasil mereka kepada kedua-dua pusat yang diwujudkan bagi membantu mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan.

-- BERNAMA


jas salleh: PAS <b>KEDAH</b> GAGAL MENTADBIR <b>NEGERI</b>.

Posted: 21 Sep 2011 02:02 AM PDT


Mula-mula Negara Islam, PAS gagal. Selepas itu Hudud, PAS gagal juga. Selama 21 tahun PAS di Kelantan, Pok Nik hanya boleh berbangga dengan kedudukan tertinggi Kelantan dalam carta penghidap HIV. Kini Kedah pula. Rakyat Kedah menyaksikan kegagalan pentadbiran PAS di Kedah. Langsung tiada penambahbaikan dalam apajua bidang. Masih berada di takuk lama dan masih menggunapakai polisi BN sebelumnya.
Tiada sebarang perubahan yang dirasai oleh rakyat melainkan hanya penukaran pentadbiran sahaja. Kegagalan pentadbiran PAS Kedah mentadbir dengan baik menjadi buah mulut rakyat. Perkara ini telah di sentuh oleh Dr Mohd Asri dalam satu Majlis yang dirasmikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS.

Beliau dipetik sebagai berkata ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini, .antara lain:-

"Kalau dalam hal ini, saya nak kritik Kedah, sebab itu saya kata Pas memerintah Kedah dengan BN memerintah Kedah, sama sahaja tidak ada sebarang perubahan," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Maksud beliau ialah jika Menteri Besar Kedah digantikan dengan orang lain, perubahan dari segi pentadbiran tetap pada tahap yang sama. 

"Pendek kata, kalau jawatan Menteri Besar digantikan dengan orang lain pun, keadaan tetap sama. Kemampuan mana-mana pemimpin Pas tidak kelihatan," katanya

Gasaklah Mat Asri oiii .. orang hangpa sendiri. Hang pulak apasaja tak kena ini tak kena walaupun hang berniat baik tapi cara hang banyak berterabur. Tapi ceq sokong hang kritik kow-kow PAS Kedah dan kalau boleh hang selalulah kritik puak-puak yang pikiaq depa tu sebumbung dengan hang hatta hang orang UMNO.

Kalau depa tak mao dengaq habaq orang UMNO yang tak pakai kopiah cam hang, mungkin depa dengaq cakap hang yang pakai kopiah sama cam depa.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved