Rabu, 13 Julai 2011

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


mi1: <b>Di</b> mana Rosmah dapat wang?

Posted: 09 Jul 2011 12:00 AM PDT

Ahli Parlimen Pokok Sena mempertikai di mana Rosmah Mansor dapat wang untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.

Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.

"SPRM mesti telus dalam siasatannya. Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja," kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu. Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.

"Kita bimbang berlaku penyelewengan. Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang 'memberi' barang-barang mewah itu kepada Rosmah.

"Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu," terang beliau.

Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers' money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.

"Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu," katanya.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan di pejabat SPRM di Pulau Pinang kelmarin berhubung dengan cincin berlian ini.

Najib, Rosmah ada kepentingan

Beliau yakin Najib dan Rosmah ada kepentingan dalam perkara ini, lagi pun kedua-dua item ini tidak dikenakan cukai dari Jabatan Kastam.

"Kita harus ingat bahawa Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Najib adalah juga Menteri Kewangan," tegas beliau.

Mahfuz berkata, kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendesak supaya Najib mengambil cuti atau digantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara siasatan dijalankan terhadap beliau dan Rosmah.

"Memandangkan Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, maka kita harus mencari jalan supaya beliau (Najib) mengambil cuti atau jawatannya digantung buat sementara," terang beliau.

Kelmarin, beberapa blogger melaporkan bahawa cincin berlian berharga RM73 juta itu dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat Jacob & Co, milik Jacob Arabo, seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi.

Sementara blogger lain, "Semut and Papan Kekunci" menyiarkan gambar Rosmah memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat berharga RM1.65 juta.

Dalam perkembangan yang lain, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.

"Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Masyarakat India <b>Di Kulim</b> Kembali Sokong BN | MyNewsHub (BM)

Posted: 10 Jul 2011 10:01 PM PDT

KULIM – MIC yakin sokongan terkini pengundi-pengundi kaum India dalam kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata ia berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh MIC bahagian itu melibatkan pengundi-pengundi di situ termasuk hampir 7,000 pengundi kaum India.

Berucap pada Majlis Juara Rakyat anjuran BN Kulim/Bandar Baharu di Dewan Kelab Penghiburan Orang-Orang Cina (CRC)di sini malam tadi, Palanivel berkata pengundi-pengundi kaum India di kawasan tersebut telah beralih haluan dan kini menyokong MIC berbanding pada pilihan raya umum lepas.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi BN Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S. Ananthan, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Syed Ibrahim Abdul Kadir dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk S. Ganesan, selain hampir 3,000 anggota MIC.

Palanivel, yang juga Timbalan Menteri Perusahan Peladangan dan Komoditi itu berkata sambutan masyarakat India yang kembali kepada MIC kini bukan sahaja di kawasan utara tetapi juga di sekitar kawasan Selangor dan Perak yang berlaku sejak tiga tahun.

Syed Ibrahim yang turut berucap pada majlis itu berjanji akan membantu BN untuk mengembalikan semula Kedah kepada BN seperti dulu.

"Kita tidak dapat saksikan apa-apa pun kemajuan yang dilakukan kerajaan Pas Kedah, nyata kerajaan Pakatan Rakyat telah menipu pengundi yang pada mulanya amat percayakan janji pilihan raya mereka tapi hakikatnya itu hanya janji kosong," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2011 12:00 AM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 11:17 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 11:33 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jun 2011 11:11 PM PDT

bila class habis je pada pukul 4.30 ptg,aku terus mencalling my roomate ajak pegi changlun(kepada roomte asalku,ekin bahtiar nanti kita pergi plak ok). makcik tu bernama putery ily nur amalina. nama die betul2 ada puteri tau,bukan saja2 letak..hihihi. for the first time ktorg makan kat tempat ni sepanjang duduk di bumi sintok ni. jom kite terjah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ni shima punya first order.ada lg tau.hihih

ni la second order. yummmy!!!!

yeah!ni la yang BUKAN  shima order tp......

tengok! makcik puteri ni dapat order je terus makan. laparrrrr~

sesudah makan,apa lagi masing2 pergi la bayar di kaunter.hampir tersedak jgk la nak bayar..hahaha.ape salahnya sekali sekala nk merasa.pasni x rasa dah.(tu pun kalo x ngidam). owh utk sapa2 yang nak buat Program Jalan-Jalan Isi Perut, boleh datang ke 

location: CMART, CHANGLUN,KEDAH

selamat mencuba! :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hazim Homestay <b>Changlun</b> Kedah: Sejarah Ringkas <b>Changlun</b>

Posted: 16 May 2011 08:28 PM PDT

Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandar Raya Alor Star. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang) Jatuh (lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun[1] mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat.
Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.

Prasarana di Changlun

Institusi pendidikan:
• SMK Changlun, SRK Dato' Wan Kemara, SRJK (C) Yit Min, SRJK Tamil
• Kolej Matrikulasi Kedah, Sekolah Agama at-Toyyibah, Kampung Padang Halban

Institusi Sosial/Kebajikan:
• Klinik Kesihatan, Pejabat Pos, Hentian Bas Tempatan / Ekspres, Masjid
• Bank
o Bank Simpanan Nasional
o Public Bank
o Bank Muamalat (Kampung Tradisional)
• Pasar Pagi dan Petang
• C-mart (kompleks Changlun)
• Northern Dialysis Centre Sdn Bhd (pusat dialisis swasta panel kerajaan)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2011 11:34 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2011 11:05 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2011 11:46 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 11:33 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jun 2011 11:11 PM PDT

bila class habis je pada pukul 4.30 ptg,aku terus mencalling my roomate ajak pegi changlun(kepada roomte asalku,ekin bahtiar nanti kita pergi plak ok). makcik tu bernama putery ily nur amalina. nama die betul2 ada puteri tau,bukan saja2 letak..hihihi. for the first time ktorg makan kat tempat ni sepanjang duduk di bumi sintok ni. jom kite terjah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ni shima punya first order.ada lg tau.hihih

ni la second order. yummmy!!!!

yeah!ni la yang BUKAN  shima order tp......

tengok! makcik puteri ni dapat order je terus makan. laparrrrr~

sesudah makan,apa lagi masing2 pergi la bayar di kaunter.hampir tersedak jgk la nak bayar..hahaha.ape salahnya sekali sekala nk merasa.pasni x rasa dah.(tu pun kalo x ngidam). owh utk sapa2 yang nak buat Program Jalan-Jalan Isi Perut, boleh datang ke 

location: CMART, CHANGLUN,KEDAH

selamat mencuba! :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hazim Homestay <b>Changlun</b> Kedah: Sejarah Ringkas <b>Changlun</b>

Posted: 16 May 2011 08:28 PM PDT

Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandar Raya Alor Star. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang) Jatuh (lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun[1] mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat.
Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.

Prasarana di Changlun

Institusi pendidikan:
• SMK Changlun, SRK Dato' Wan Kemara, SRJK (C) Yit Min, SRJK Tamil
• Kolej Matrikulasi Kedah, Sekolah Agama at-Toyyibah, Kampung Padang Halban

Institusi Sosial/Kebajikan:
• Klinik Kesihatan, Pejabat Pos, Hentian Bas Tempatan / Ekspres, Masjid
• Bank
o Bank Simpanan Nasional
o Public Bank
o Bank Muamalat (Kampung Tradisional)
• Pasar Pagi dan Petang
• C-mart (kompleks Changlun)
• Northern Dialysis Centre Sdn Bhd (pusat dialisis swasta panel kerajaan)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Butik Peace Collection: kedai butik <b>di changlun</b>, kedah

Posted: 27 Apr 2011 10:27 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]kedai butik di changlun, kedah. kedai butik Peach Collection. Posted by P.O.M at 10:27 · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz ...

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT

PADA Sabtu lalu, penulis berkesempatan menghadiri majlis perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan ketua-ketua cawangan UMNO di kawasan Parlimen Merbok di Kedah. Sebenarnya, antara Mustapa dan kerusi Parlimen Merbok yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai sejarah yang panjang.

Mustapa pernah 'bertapak' di situ sejak tahun 1986 sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi Ahli Parlimen Merbok selama lima penggal mulai tahun berkenaan. Kehadiran Mustapa pada majlis itu sememangnya dinanti-nanti bagi memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli UMNO untuk bangkit merampas kembali kerusi Parlimen Merbok dan dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan.

Selama ini Parlimen Merbok dan DUN Tanjong Dawai serta Bukit Selambau dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN), tetapi segalanya berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Ketiga-tiga kerusi berkenaan jatuh ke tangan pembangkang.

''Kita jangan lemah semangat, tanamlah keyakinan bahawa kita mampu menawan kembali semua kerusi di Parlimen ini,'' tegas Mustapa ketika berucap pada majlis perjumpaan tersebut.

Sebagai seorang yang amat memahami situasi politik di Parlimen Merbok, Mustapa yakin bukanlah mustahil untuk BN kembali menawan kerusi itu. Tambahan pula penulis difahamkan majoriti penduduk di kawasan Parlimen berkenaan tidak berpuas hati dengan khidmat wakil rakyat sedia ada.

''Cuba kita lihat pembangunan yang begitu pesat di Merbok sekarang ini adalah hasil sumbangan ahli-ahli Parlimen BN terdahulu seperti Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Zainuddin Maidin.

''Kalau difikirkan, memanglah mustahil BN boleh kalah kerana BN yang bertanggungjawab membawa pembangunan di sini seperti mewujudkan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Asian Institute of Medical Science, tetapi kita kalah juga,'' kata Mustapa lagi.

Namun bagi Mustapa, kekalahan pada 2008 bukanlah penamat. Dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan Pas dan pelbagai kemelut yang berlaku, Ahli Parlimen Jeli itu yakin BN akan mampu kembali berkuasa, bukan sahaja di Parlimen Merbok tetapi juga di Kedah secara keseluruhannya.

Tetapi apa pun, pokok pangkalnya terletak kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah yang kini dikatakan mendapat suntikan baru melalui pelantikan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan.

Namun begitu, sudah ada suara-suara yang semakin rimas kerana merasakan UMNO Kedah belum membuat apa-apa bagi mengeksploitasi kelemahan kepimpinan Pas Kedah.

''Saya akan masuk Pas, kalau Pas boleh mentadbir tetapi apa yang saya lihat, Pas tidak boleh berbuat apa-apa, saya kasihankan rakyat dan negeri Kedah, kalau keadaan ini berterusan,'' kata seorang pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika berbual dengan penulis.

Malahan penulis diberitahu sebahagian besar ketua-ketua bahagian ternanti-nanti apakah program besar yang dirancang oleh Ahmad Bashah bagi menggerakkan satu gelombang untuk membangkitkan semangat merampas Kedah daripada Pas, bukan sahaja di kalangan ahli UMNO tetapi juga rakyat.

''Ahmad Bashah dan Mukhriz perlu merancang satu program untuk tujuan itu, kalau di Kelantan ada 'Gelombang Merah', manakala di Selangor ada Program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). Di Kedah pula macam mana?

''Kita tidak boleh tunggu segala-galanya ditentukan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat, UMNO Kedah kena buat perancangan sendiri,'' kata seorang pemimpin UMNO bahagian kepada penulis.

Berdasarkan tinjauan penulis, perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Pas Kedah cukup ketara. Perasaan ini bukan sahaja membuak-buak di kalangan rakyat biasa atau ahli UMNO sahaja, malahan di kalangan penyokong Pas sendiri.

Mereka melihat kerajaan negeri terlalu banyak kelemahan sedangkan sebelum ini semasa menjadi pembangkang, macam-macam Pas mengkritik kepimpinan BN. ''Saya sokong Pas sejak dalam selut (lumpur) lagi tetapi bila Pas dah menang, bukan kata depa tak ingat kat kita, apa pun depa (mereka) tak buat,'' kata seorang penyokong tegar Pas kepada penulis.

Akibat kelemahan yang berlaku termasuklah juga dengan keadaan UMNO Kedah yang dilihat masih perlahan menyusun gerakan, timbullah tafsiran bahawa ''orang Kedah bagaikan tidak bertuan.''Justeru dalam keadaan itu, ramai pemerhati politik melihat ia kesempatan terbaik untuk UMNO Kedah bangkit melakukan sesuatu bagi meraih sokongan rakyat.

''Kena ada satu program yang jelas bagi mendorong rakyat menyokong UMNO, kalau mereka lihat Pas lemah, manakala UMNO pula macam lesu sahaja, maka ia ibarat pi mai pi mai tang tu juga,'' kata seorang ahli veteran UMNO yang menghadiri majlis bersama Mustapa.

Seperti mana kata Mustapa, gerak kerja perlu bermula dari sekarang seperti UMNO Kelantan di bawah kepimpinannya melancarkan Gelombang Merah. Berdasarkan tiupan semangat itu, bak kata orang Kedah, UMNO dan BN tidak boleh 'lena lagi', mereka perlu bangkit segera mengatur strategi dengan matlamat menamatkan pemerintahan Pas di Kedah.

Perkara yang paling penting ialah perpaduan sesama mereka dan jangan ada politiking sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan UMNO dan BN.Sebagai contoh, semua pihak perlu menyokong kepimpinan Ahmad Bashah dan jangan ada politiking di peringkat bahagian yang boleh mengugat usaha menawan kembali Kedah.

Tetapi dalam masa yang sama, Ahmad Bashah pula perlulah menunjukkan karisma dan kemampuan untuk membolehkan sokongan diberikan.Kalau dilihat rekod politik, Ahmad Bashah bukanlah calang-calang orang, beliau ada 'seni politiknya' sendiri tetapi untuk menawan Kedah, ia memerlukan kerja berpasukan dan bukannya 'Lone Ranger'. Ini bersesuaian dengan pesanan Mustapa pada akhir pertemuan dengan ketua-ketua cawangan di Parlimen Merbok supaya mereka mengukuhkan perpaduan, bekerja dalam berpasukan dan menanam keyakinan untuk mencapai kejayaan.

Semoga kesungguhan Mustapa yang sanggup meredah ladang getah pada malam hari dengan diiringi hujan gerimis akan membangkitkan semangat ahli-ahli UMNO bagi melancarkan gelombang biru (BN) untuk menggantikan gelombang hijau (Pas) di Kedah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


FizGraphic Dot Com: Hartanah <b>di Negeri Kedah</b> akan Dilelong

Posted: 28 Apr 2011 05:01 AM PDT

salam 1 bloggers..

kawan kawan blog semua sihat ke tidak?? kalau tak sihat makan la ubat tue k..biasa la sekarang ni musim dah tak menentu..kejap hujan kejan panas..pagi panas petang hujan..malam panas tengah pagi hujan..kan..so minum air putih banyak banyak untuk kesihatan badan ok! Jangan pula minum air yang manis manis tiap tiap hari.. Takot umur 30 tahun dah kena operate buang kaki dan tangan akibat kencing manis..mencegah lagi baik dari merawat kan!

kurangkan manis dalam minuman
tambahkan manis dalam senyuman

ok apit berbalik semula kepada tajuk entri ini..ada tak sesiapa yang tahu menahu mengenai lelongan tak kira lah lelong rumah, tanah, kereta, dan sebagainya..ada yang tahu dan ada yang tidak.. Ok pada sesiapa yang yang berminat untuk mencari rumah baru atau rumah yang murah murah di Negeri Kedah tempat kelahiran apit nie boleh la menghadirkan diri ke satu Karnival Lelongan Awam Hartanah yang akan diadakan di Kulim,Kedah..kawan kawan boleh klik banner di bawah nie untuk direct terus ke website diorang..

Bagi sesiapa yang berminat boleh la hadirkan diri pada karnival tersebut..Dan insyaallah apit dapat berjumpa dengan kawan kawan bloggers di situ sebab kemungkinan apit akan hadir pada hari tersebut untuk menembak picture pada hari tersebut..hehe..

Apit hanya mempromosikan karnival ini untuk membantu kawan kawan yang mahu membeli rumah baru di serata negeri kedah ini. Mana la tahu kot kot ada yang berhajat mahu berkahwin dan mahu mempunyai rumah boleh la pergi usha usha pada hari karnival ini ok! Gud Luck!

*Hartanah yang dilelong sangat murah*

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2011 12:00 AM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2011 01:34 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2011 01:27 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2011 01:06 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 01:25 PM PDT

Karnival Pendidikan Islam PKG <b>Kodiang</b> 2011 / 1432 H

Posted: 25 Mar 2011 10:32 PM PDT

Salam.


Acara tahunan PKG pada kali ini julung kalinya diadakan di SMSKP pada 24 Mac 2011 yang lalu. Sebagai tuan rumah dan berstatus SBP, ianya sedikit memberi tekanan kepada GPI SMSKP dan para pelajar (peserta) untuk merealisasikan impian sekolah, iaitu mengekalkan piala pusingan Johan PKG Kodiang di SMSKP.

Alhamdulillah apabila keputusan diumumkan, SMSKP berjaya mengekalkan prestasi pada tahun lepas dengan menjadi Johan dalam 4 acara (Tilawah (L), Syarahan (P), Hafazan (L), Nasyid : Naib Johan 1 acara (Syarahan (L) dan Ketiga 1 acara TTilawah (P) .


Tahniah buat semua warga SMSKP.

KEPUTUSAN PENUH :

TILAWAH (L)

  1. MOHD ARIFKAMIL OMAR - SMSKP
  2. MOHD AL-AMIN AH.ZAILANI - SMKMD
  3. MOHD HAMIRUN RODZI - SMKTB

TILAWAH (P)
  1. SITI NUR YUSRA ABDUL RAHMAN - SMKTB
  2. AMIRA HUSNI MOHD SYUKRI - SMKMD
  3. NURUL NAJLA' MUHAMMAD ASSRI - SMSKP

HAFAZAN (L)
  1. MUHAMMAD AMINUDDIN CHE OMAR -SMSKP
  2. MOHD KHAIRUL IFWAT JAMRI - SMKMD
  3. MOHD FIRDAUS MOHAMAD - SMKBBBKH

HAFAZAN (P)
  1. NUR FARAHIM ABD RAHIM - SMKTB
  2. NABILA BASER - SMKBBS
  3. NOR DALILA ISMAIL - SMKMD

SYARAHAN (L)
  1. MUHAMMAD HAKIMIN SHAFIE - SMKBBS
  2. MUHAMMAD SYAHRUL ASYRAF MD ROPI - SMSKP
  3. BAZLISHAH IZZAT BAHARI - SMKMD

SYARAHAN (P)
  1. NUR AFZAN IZZANI AZHAR - SMSKP
  2. NUR AFINI MOHD LATFEE - SMKBBS
  3. NOR ATIKA REJAB - SMKBBBKH

NASYID
  1. SUBULUSSALAM - SMSKP
  2. AL-KAUTHAR - SMKBBS
  3. AL-FIRDAUSI - SMKTB

Selamat berjuang diperingkat daerah 2 April ini di SMK Ayer Hitam. Semoga Berjaya.

sumber : http://paisainskp.blogspot.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT


YAN - Jabatan Pertanian Kedah berhasrat menjadikan Parlimen Jerai pusat pengeluaran buah-buahan tempatan terkemuka di Kedah dalam tempoh masa terdekat.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Mohd Muhaimin Ibrahim berkata, jabatan itu mengenal pasti lebih 400 hektar tanah terbiar di Parlimen Jerai yang dianggap berpotensi untuk dipulihara dan dimajukan dengan tanaman buah-buahan tempatan pelbagai jenis melalui program Projek Pemulihan Tanah Terbiar (PPTT).

Menurutnya, hasrat jabatan untuk membantu meningkatkan ekonomi lebih 2,200 petani buah-buahan tempatan sekitar Parlimen Jerai diperkukuhkan lagi dengan faktor muka bumi dan tanah kawasan itu yang terletak di kaki Gunung Jerai dan beriklim sederhana panas, sesuai untuk tanaman buah-buahan tempatan terkemuka seperti durian, rambutan dan manggis.

"Bermula tahun 2010, lebih 30 hektar tanah terbiar di kawasan Singkir Darat berjaya dikumpul pihak jabatan untuk diusahakan di bawah projek PPTT termasuklah tanah dusun yang mempunyai tanaman buah-buahan tempatan yang berusia lebih 30 tahun untuk dijalankan penanaman semula.

"Melalui program PPTT, setiap satu hektar tanah terbiar yang dimajukan jabatan akan diberi bantuan RM20,000 meliputi kos baja, pembersihan kawasan, pembelian benih tanaman dan infrastruktur kawasan dusun dan setakat ini, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha dusun tempatan," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Program Membasmi Musuh Tanaman dan Taklimat Pertanian di Kampung Singkir Genting, di sini baru-baru ini.

Mohd Muhaimin berkata, pada tahun ini, jabatan merancang mengusahakan program PPTT di Tanjung Jaga, di sini di atas tanah terbiar seluas 70 hektar dan yakin mampu meningkatkan keluasan sehingga 200 hektar sekiranya lebih ramai pengusaha buah-buahan berminat menyertai program itu.

Menurutnya, daerah Yan menjadi pilihan jabatan dalam beberapa kategori buah-buahan untuk dimajukan dan dikomersialkan ke luar negara terutamanya durian, rambutan, manggis dan cempedak.

"Jabatan Pertanian akan memastikan lebih banyak buah-buahan tempatan keluaran Parlimen Jerai dikomersialkan ke peringkat luar negara sebagaimana saranan Kementerian Pertanian sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2011 12:00 AM PDT

Kalau suatu ketika dulu sebut saja nama Padang Serai terbayang rimba sawit & getah. Terbayanglah muka kuli-kuli estet yang hitam berkilat dengan pengandar berserta dua "cham" di atas bahu masing-masing berlari-lari anak membawa timba ayan berisi susu getah menuju ke tempat pengumpulan susu. Di satu penjuru lagi kelihatan beberapa orang lagi menyorong basikal tua berpelantar lebar sarat dengan muatan sekerap basah yang masih menitis2 air dari bucu guni.

Itu dulu…. Kini Padang Serai telah berubah wajah, berubah status, sudah naik taraf dari estet kepada pekan cyber. Apa yang tidak ada di Padang Serai sekarang ini, sebut saja.  Nak simpan duit ada bank, RHB Bank ada, Bank Simpanan Nasional pun ada. Nak pos surat ada Pos Malaysia.  Nak makan ayam goreng KFC ada. Nak minum 7-up, 7-Eleven ada. Nak pekena nasi kandar, dua 3 kedai Nasi Kandar 24 jam ada. Siap dengan FREE Wi-Fi Zone lagi. Nak homestay ada. nak hotel ada walaupun sekadar bertaraf 2 setengah bintang. Nak isi petrol ada 5 buah stesen minyak sekitar pekan Padang Serai. Pendek kata segala kemudahan asas yg diperlukan ada di Padang Serai.

"The MP of Pdg Serai"

lepaskan aku!!!!!! wuaaaaaa!!!

Siapa yang tidak kenal dengan MP Gobalakrishnan yang mulut boleh tahan tu…Yang pernah mencetuskan kontroversi di ruang legar parlimen satu ketika dulu. Pasal issue apa ya?… apa entah aku pun dah tak ingat sebab tak berminat sangat. Dia ni pun ada di Padang Serai jugak. Sekarang dah jadi ahli parlimen bebas, jadi setiap petang beliau bebas bermain bola di Mini Stadium Keladi Kulim. Dia ni kalau naik minyak..huh! bolehlah nak tengok macammana dia sanggup duduk menendang-nendang kakinya macam budak-budak kalah main guli. Tak percaya?  nah! cuba tengok gelagat YB kami si Gobalan ni :)   Inilah ekspressi wajah seorang pejuang dan pembela rakyat khususnya penduduk Padang Serai yang telah memilih beliau sebagai wakil parlimen. Keep up YB! :)   saya suka! saya suka!  tapi tak boleh buat selalu maaaaa…nanti seluar koyak loo…betol! betol! betol!??? Apa pun semangat juang YB aku ni patut di hormati. Mungkin cara dia agak keras tapi cuma keras mulut saja. Dia bukan gangster atau kaki pukul. Jadi kalau nak tahan dia pun tahan la tapi kalau boleh janganlah pukul-pukul dia okay…  :) .peace! datang belajar website  di padang serai okay!peace!!

pembunuhan di padang serai

"cowboy" bukan budaya orang padang serai

Satu lagi peristiwa penting berlaku kat Padang Serai yang masih fresh dalam ingatan aku. Pada tanggal 17 Ogos 2007,  naib pengerusi Pemuda MCA Ching Eng Wah, ditembak di kepala semasa memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas/Padang Serai semasa dalam perjalanan pulang selepas bersarapan bersama isterinya. Ini peristiwa yang menyayat hati. Walau siapa sekali pun Ching Eng Wah tu, tak patut diperlakukan begitu. Bukankah Allah ciptakan bumi dan seisinya utk dikongsi bersama…jangan gaduh-gaduh …apatah lagi sampai membunuh. Naik risau jugak aku takut kalau-kalau Pdg Serai mendapat jolokan "Pekan Cowboy" macam Texas zaman dulu-dulu. Mujurlah ini hanya kes terpencil. Kesimpulannya Padang Serai tetap sebuah pekan kecil yang cukup mendamaikan. Nak tahu datanglah dan nikmatilah keindahan Padang Serai.

Cukuplah dulu untuk kali ini. Aku dah tak tahan ni … rasa nak pitam pun ada. Aku ni lemah semangat sikit dengan benda-benda macam ni. Daripada membuang masa membazirkan usia bergaduh-gaduh sesama sendiri ada baiknya kita berkumpul ramai-ramai kat rumah aku belajar cara buat duit di Internet. Aku peruntukan masa 2 hari khusus untuk kongsi ilmu yang aku ada ni dengan sesiapa saja yang berminat dan "NAMPAK" akan peluang besar ini. Cuba buka dan teliti maklumat ini dan fikir-fikirkan….

Share on Facebook Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.