02 di kodiang - Google Blog Search |
- Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka <b>di Kodiang</b>, Kedah <b>...</b>
- KedahLanie.info: Jika <b>di KODIANG</b> pun dah ada POLIS Samseng <b>...</b>
- Datuk Dr Adi Taha Meninggal Dunia
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka <b>di Kodiang</b>, Kedah <b>...</b> Posted: 06 Dec 2011 04:09 PM PST Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kini telah dibuka di Kodiang, Kedah. Jadi orang orang sana boleh la beli barang kat situ. Harga..ntah la? Dalam TV dok kata harga berpatutan la..harga murah laa...tapi dalam TV bukan boleh percaya sangat. Jadi jalan terbaik, kalau ada masa boleh la pergi dan beli sendiri. Kemudian buat penilaian sendiri. Selamat membeli belah di KR1M Kodiang :) Full content generated by Get Full RSS. |
KedahLanie.info: Jika <b>di KODIANG</b> pun dah ada POLIS Samseng <b>...</b> Posted: 26 Sep 2011 06:31 PM PDT Dipukul polis kerana sampahJITRA - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu. Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong. Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu. "Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut. "Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam. Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu, namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama empat lagi rakannya. "Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan digari. Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya di dalam lokap. http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm |
Datuk Dr Adi Taha Meninggal Dunia Posted: 03 Feb 2012 11:16 PM PST Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Dr Adi Taha meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di sini awal pagi Sabtu. Menurut anaknya, Adzimah Adi, 30, bapanya meninggal dunia kira-kira 2.40 pagi. Jenazah kini berada di No 1, Lorong Ayer Leleh 2, Ayer Panas, Setapak. Ketika dihubungi Bernama, Adzimah berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa sebelum atau selepas waktu Zohor. Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Ogos 1951 di Kodiang, Kedah, meninggalkan balu Datin Wan Aminah Wan Yusof serta enam anak. Arwah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JMM dari 2002 hingga 2007. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rais Yatim, antara yang terawal menziarahi jenazah, menyifatkan arwah sebagai seorang pelopor permuziuman di negara yang banyak membuat penyelidikan mengenai peninggalan manusia prasejarah, tamadun Lembah Bujang dan adat. "Doktor Adi juga banyak membantu dalam usaha mewujudkan Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan. "Kehilangan beliau akan dirasai dalam kalangan akademia warisan dan budaya," kata Rais. BERNAMA Related posts:
|
You are subscribed to email updates from di kodiang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan