02 di kulim - Google Blog Search |
Sepaktakraw: Kejohanan <b>di Kulim</b> minggu ini! Posted: 08 Feb 2012 08:43 AM PST Untuk kejohanan yang bakal berlangsung minggu ini di Kulim, 2 paparazzi dan wartawan Bolarotan akan bertugas di sana. mereka akan berangkat ke Kulim esok malam dan kepada sesiapa yang berhajat membantu paparazzi kami samada dalam bentuk logistik, penginapan dan makan minum adalah amat - amat di alu - alukan. Laporan penuh kejohanan seperti KFC Utusan akan diusahakan oleh kedua - dua mereka. Berikut ialah maklumat kejohanan yang bakal berlangsung minggu ini di dalam pusat beli belah Kulim itu |
AR RISALAH الــرســالـة: Haramkan arak <b>di Kulim</b>: Cubaan sabotaj <b>...</b> Posted: 02 Jan 2012 10:56 PM PST Keputusan Majlis Daerah Kulim untuk menghentikan jualan minuman keras mulai Jun tahun ini mungkin satu cubaan mensabotaj kerajaan negeri Kedah, kata seorang wakil rakyat PKR hari ini. Menurut ADUN Kulim, Lim Soo Nee (kanan), keputusan itu dibuat semata-mata oleh pejabat daerah itu tanpa memaklumkannya kepada exco kerajaan negeri Kedah. Lim berkata beliau telah menerima banyak aduan mengenai perkara itu dan telah diberitahu oleh pejabat daerah bahawa tidak ada lesen akan dikeluarkan untuk kedai-kedai minuman keras selepas Jun. "Mereka masih mengeluarkan lesen untuk separuh pertama tahun ini supaya pengendali boleh menghabiskan stok mereka. "Saya tidak tolak kemungkinan bahawa ada orang mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ada orang yang cuba untuk memerangkap kita," kata Lim. Akhbar the Star hari ini melaporkan pemilik kedai minuman keras di daerah berkenaan telah menerima surat bahawa lesen mereka akan secara automatik ditamatkan pada akhir bulan Jun. Menurut akhbar milik MCA itu, kira-kira 100 penjual arak dijangka terjejas dengan arahan baru yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu. Adalah difahamkan bahawa keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh pegawai daerah Kulim tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from di kulim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan