ads

Selasa, 7 Februari 2012

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Wan Thai – Citarasa Thailand <b>di Langkawi</b> | JuadahMalaysia.com

Posted: 26 Jan 2012 06:16 PM PST

Sawadikap…Jom jalan-jalan cari makan!.. Kali ni saya nak bawa korang semua menikmati juadah dari negara jiran kita iaitu Thailand tetapi lokasi restorannya terdapat di Langkawi, Kedah. Restoran ini memang cukup popular di Langkawi dan agak eksklusif setaraf dengan harga menu yang sedikit mahal, namun masakan ala siamnya sangat enak disamping mutu kebersihan kedai yang dijamin bersih termasuk tandas dan suraunya. Memang seronok bila mai sini selain faktor2 yang saya sebut di atas, pelanggan yang datang akan dilayan secepat mungkin oleh para pelayan wanita siam yang  comei-comei belaka. Pakaian mereka semuanya seragam dan menutup aurat pula. Sejuk mata sesiapa yang memandang   :D

Restoran Wan Thai terletak di Pekan Kuah

Menurut cerita orang, Tuanku Sultan Kedah dan Tun Dr. Mahathir pun suka menikmati juadah-juadah yang disediakan di sini. Lihatlah gambar pemilik kedai dengan tokoh2 terkenal Malaysia di bawah ini !

Restoran ini memang sesuai untuk meraikan tetamu-tetamu istimewa  dan jamuan makan malam besar. Nak tengok menu apa yang delicious di sini? Jom check it out :-

 Tom Yam Seafood adalah hidangan yang wajib kami order 

 Ranggupnya kerabu mangga muda.

 Lembutnya isi ikan. Dimasak stim, sungguh membangkitkan selera.

ikan apa ni?…lupa pulak. dimasak 3 rasa. ada masam, manis, pedas.

ayam yang dibungkus dengan daun pandan, mmm..harumnyee bau dia

daging masak merah. tak pedas sangat

telur bungkus

Tak ingat nama siam untuk hidangan sotong ini

satu lagi menu istimewa.. Ketam lembut goreng. Ketam yang ditangkap sebaik saja bersalin kulit ni dimakan rangup bersama kulit-kulitnya sekali. krup..krup..saiznya kecil, mudah utk ngap ke mulut

 nasi saiz panjang yang berbau harum. mungkin mereka menggunakan beras siam wangi. ada secubit nasi perang di atasnya :P

untuk pencuci mulut, kami dihidangkan dengan jeli kelapa yang comel-comel. mak aih… rasanya cukup manis. tak sanggup nak telan banyak2 :wink:

lompang pandan ni sedap. terasa lemak apabila ditabur sedikit kelapa parut

Alhamdulillah. Berselera sungguh kami makan. Apa2pun, kami memang cukup puas hati setiap kali dapat menjamu selera di Wan Thai disamping meraikan teman-teman yang berkunjung ke Langkawi. Hidangan di atas ni kami makan untuk seramai 7 orang termasuk minuman dan buah-buahan yang berharga RM245 kesemuanya. Pada saya, walaupun harganya mahal tetapi itu sudah cukup berbaloi dengan menu yang penuh satu meja disamping hidangan yang sedap tanpa perlu menunggu lama walaupun kami datang waktu tengahari yang kebiasaannya ramai pelanggan ketika itu. Untuk makluman korang, memang banyak restoran ala siam di Langkawi tetapi pada saya korang patut kunjungi Wan Thai untuk merasai keunikkan masakan ala Thai yang lebih sumptous di sini. Selamat menjamu selera.

 

lihat anak panah merah iaitu lokasi Wan Thai Restoran. klik map utk hasil gambar yg lebih jelas.

Lokasi: Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, Kuah
Koordinat: N6.3270125 E99.8419851                                                                               Opening Hours:11.00 am to 3.30pm & 6.00pm to 10.30 pm

pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved