Isnin, 27 Februari 2012

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Sungguhka: Geli <b>Padang Serai</b>…….

Posted: 08 Feb 2012 01:30 PM PST

Seharian aku meronda di Parlimen Padang Serai menjengok perkembangan politik di sana. Bermacam-macam cerita yang aku perolehi, Ada yang baik……. Ada yang buruk……. dan ada yang menggelikan.
Kalau bab politik sorry to say tak banyak yang baiknya. Yang buruk hanya cemohan, tomahan, PHD dan berpuak-puak. Cuma apa yang aku nak komen sikit pasal yang menggelikan.......
Rata-rata aku survey, majoriti pengundi Padang Serai meletakkan pilihan parti adalah pilihan kedua. Bagi mereka, pilihan mereka terletak kepada siapa calon yang dipertandingkan.
"Kami mahukan WAKIL RAKYAT yang mampu membawa suara dan hasrat kami untuk kemajuan tempat kami. Bukannya wakil rakyat seperti yang sudah-sudah. Baik MCA ka, MIC ka, UMNO ka, PAS ka mahupun PKR menang……. Kami duduk seperti kami juga seperti dahulu entah di mana pembangunan pun kami tidak tahu……. YB nak turun padang, jauh sekali. Sedangkan waktu berkempen (10 hari) mereka boleh meredah setiap rumah meraih undi simpati tetapi takala menang, sebulan sekali pun bayang susah nak nampak". Apa yang aku nampak, mereka inginkan anak tempatan…….
Aku sempat bersama beberapa ahli UMNO  berjawatan dan tidak berjawatan samada cawangan mahupun bahagian. 90 peratus meluahkan isi hati mereka "UMNO PADANG SERAI HANCUR". Hancur yang dimaksudkan adalah hancur dari segi GILA KUASA dan GILA nak jadi YB. Bagi mereka, mereka tetap akur kepada keptutsan pucuk pimpinan meletakkan siapa bakal calon PRU13 kelak. Cuma yang menggelikan mereka adalah perangai sigila kuasa ini sedang geli untuk dipilih menjadi calon……. Nama-nama yang mereka maksudkan antaranya:
1.      Dato' Marlia (Mantan YB Merbau Pulas)
2.      Ku Roshidi (timbul bila Rahman bekas KB melepaskan jawatan)
3.      Halim Timbalan Ketua Bahagian.
4.      Cikgu Zubir Setiausaha Bahagian.
5.      Cikgu Asmadi Ketua Pemuda.
Geli mereka dengar pengakuan daripada mereka-mereka ini yang:
1.      nama mereka ada di dalam senarai calon PRU13.
2.      mereka berjumpa dengan PM.
3.      mengaku orang kuat Rosmah.
4.      Tok Bashah dah tunjuk senarai bakal calon untuk PM perkenan.
5.      Tok Bashah dah setuju.
Inilah antara perkataan yang selalu mereka jaja kepada akar umbi UMNO. Malah yang memalukan lagi bilamana perkara sebegini sampai kepada bukan ahli UMNO dan orang atas pagar.  "Awat kemarok sangat ka nak jadi YB…….? Suluh diri tu dulu……. Kami kenai depa tu sapa……. Spesis bermasalah…….". Kalaulah Tok Bashah buta hati menyenaraikan juga nama-nama tu, NESCAYA PRU13 akan mengalami tsunami lebih teruk dari PRU12. Ada yang sanggup sunat sekali lagi beramai-ramai kalau menang…….
Aku hairan tengok puak-puak UMNO terutama nama-nama yang tersenarai tu. Padang Serai ada 1 Parlimen dan 2 DUN. Ikutan sebelum ini, Parlimen Padang Serai untuk MCA, DUN Lunas untuk MIC dan DUN Merbau Pulas untuk UMNO. Walaupun pemilihan calon untuk kerusi MCA dan kerusi MIC berlaku juga penggeseran tetapi penggeseran dalam UMNO lebih hebat dan diketahui umum bab tikam menikam dan apatah lagi bila PAS dan PKR bubuh jarum sikit…….
Bila aku kaji latar belakang puak-puak ni, INGATAN pada TOK BASHAH……. PRU13 PADANG SERAI BUKAN MILIK BARISAN NASIONAL…….
Cuma apa yang dapat aku ringkaskan, UMNO Padang Serai sebenarnya ketandusan calon yang benar-benar wibawa.
Bab PAS dan PKR nanti aku ulas. Cuma hint sikit……. Lunas PKR calon payung terjun, Merbau Pulas PAS say bye-bye to Ustazah Aishah dan DAP jangan harap nak dapatkan Lunas…….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan