Sabtu, 24 Mac 2012

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Lebih 30 Rumah Rosak Akibat Ribut <b>Di Baling</b>

Posted: 17 Mar 2012 11:28 PM PDT

BALING – Lebih 30 rumah di lima buah kampung di sini musnah akibat dilanda ribut jam 4.30 petang semalam manakala tiga buah kedai menjual makanan dan barang keperluan harian turut roboh dalam kejadian itu.

Kampung terbabit ialah Kampung Lanai membabitkan 23 rumah di Kampung Sungai Tas, Kampung Carok Salang (2), Kampung Sungai Tembak (5) dan Kampung Parit Panjang (3).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lanai, Ghazali Morad, 60, berkata dalam kejadian itu kebanyakan rumah yang terbabit kehilangan bumbung dan rosak akibat dihempap pokok.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan di kampung Sungai Tembak, Yusuf Ahmad, 58, bersyukur kerana keluarganya terselamat selepas kedainya roboh ketika kejadian itu.

"Ketika ribut dalam kedai saya terdapat seorang pelanggan selain tiga anak saya serta isteri turut terperangkap dalam runtuhan kedai," kata Yusuf di sini, hari ini.

Susulan itu, laluan utama dari Parit Panjang Ke Baling dan dari Kampung Lanai ke Kuala Pegang tergendala lebih tiga jam akibat pokok tumbang di atas jalan.

Difahamkan semua kenderaan yang hendak ke pekan Baling terpaksa menggunakan laluan Kuala Ketil ke pekan Baling sejauh 60 kilometer. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

KedahLanie.info: Lebih 30 rumah rosak akibat ribut <b>di Baling</b>

Posted: 18 Mar 2012 05:00 PM PDT

BALING - Lebih 30 rumah di lima buah kampung di sini musnah akibat dilanda ribut 4.30 petang semalam.

Tiga buah kedai menjual makanan dan barang keperluan harian turut roboh dalam kejadian itu.

Kampung terbabit ialah Kampung Lanai melibatkan 23 buah rumah, Kampung Sungai Tas (empat termasuk sebuah surau), Kampung Carok Salang (dua), kampung Sungai Tembak (lima) dan Kampung Parit Panjang (tiga).

Dalam kejadian itu kebanyakan rumah yang terbabit kehilangan bumbung dan rosak akibat dihempap pokok.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan di kampung Sungai Tembak, Yusuf Ahmad, 58, bersyukur kerana keluarganya terselamat apabila kedainya roboh ketika kejadian itu.

"Waktu kejadian dalam kedai saya terdapat seorang pelanggan selain tiga anak saya serta isteri turut terperangkap dalam runtuhan kedai," kata Yusuf kepada Bernama di sini, hari ini.

Akibat kejadian itu, laluan utama dari Parit Panjang Ke Baling dan dari Kampung Lanai ke Kuala Pegang tergendala lebih tiga jam akibat pokok tumbang di atas jalan.

Difahamkan semua kenderaan yang hendak ke pekan Baling terpaksa menggunakan laluan Kuala Ketil ke pekan Baling sejauh 60 kilometer. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan