Sabtu, 24 Mac 2012

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


2 Beranak Maut Motosikal Bertembung Lori Pasir <b>Di Changlun</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 08:03 PM PST

JITRA: Dua beranak maut apabila motosikal yang ditunggangi bertembung dengan lori pasir di simpang Jalan Kampung Kangar, Changlun dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari, Samiah Saad, 63, bersama anaknya Noraisham Othman, 22, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa menunggang motosikal dari arah Changlun menuju ke Hosba sebelum bertembung dengan lori pasir yang datang dari arah Wang Perah menghala ke Changlun.

"Kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pulau Kecil, Mukim Tunjang dekat sini. Kita masih menyiasat punca kejadian. Suspek yang memandu lori berumur 26 tahun kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Samiah, Nor Shalimar Othman, 24, yang ditemui di Unit Forensik Hospital Jitra berkata, ibu dan adiknya dalam perjalanan pulang dari menghantar kuih karas di sebuah kedai runcit berhampiran tempat kejadian dan mengambil hasil jualan kuih minggu sebelumnya daripada tuan kedai.

"Saya mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah hari melalui panggilan telefon yang dibuat oleh orang awam yang menggunakan telefon adik untuk memaklumkan kejadian itu dan apabila saya sampai, kedua-dua mereka sudah tiada," katanya.

Nor Shalimar berkata, dia tinggal bersama ibu dan adiknya di rumah pusaka selepas bapanya meninggal dunia setahun yang lalu.

Sila klik sini dan sini =)

Mahu buat duit percuma?klik sini =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan