Isnin, 26 Mac 2012

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


KedahLanie.info: Mangsa ribut <b>di Kubang Pasu</b> dibantu

Posted: 21 Mar 2012 05:27 PM PDT

CHANGLUN – Sebanyak 32 mangsa ribut sekitar Kampung Titi Kerbau, Kampung Kubang Areing, Kampung Kubang Hamid dan Kampung Lengkuas menerima sumbangan segera dari kerajaan negeri akibat kerosakan dilanda ribut baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengharapkan semua yang terlibat bersabar di atas ujian yang diberi oleh Allah SWT.

"Ujian Allah ini sebenarnya mempunyai hikmahnya. Walau pun kita rasa seperti dikenakan musibah tetapi sebenarnya secara tidak sedar semangat ukhuwah sesama kita akan terjalin lebih erat lagi," sambungnya lagi.

Beliau juga memaklumkan, bantuan dari kerajaan negeri hanya bersifat membantu meringankan bebanan dan bukanlah menyeluruh. Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya akan memberi bantuan kepada penerima bantuan JKM sahaja.

"Kerajaan negeri membantu sekadar meringankan beban, yang selebihnya boleh diuruskan oleh pejabat daerah.

"Kedah bukanlah sebuah negeri yang mempunyai pendapatan yang banyak tetapi demi kebajikan rakyat kita tetap berusaha membantu dan tidak mengira agama dan bangsa.

"Sekiranya ada bantuan dari pihak kerajaan pusat, kita kena ambil sebab kita ada hak ke atas itu sebab kita membayar cukai kepada mereka," ujar beliau lagi.

Beliau menyarankankan agar kerja-kerja membaiki rumah dilakukan secara gotong royong kerana ianya lebih menjimatkan selain merapatkan lagi ukhuwah sesama rakan sekampung.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dialami oleh mangsa ribut berkenaan.

"Kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau cedera. Hilang harta benda, kita boleh ganti tetapi kalau hilang nyawa tiada gantinya lagi.

Majlis tersebut diadakan di surau Kampung Titi Kerbau serta dihadiri oleh pemimpin masyarakat setempat dan mangsa-mangsa ribut.

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kubang Pasu</b>, Kedah - Mac 2012

Posted: 21 Mar 2012 10:24 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan