02 di kulim - Google Blog Search |
Tukang Tilik Tipu <b>Di Kulim</b> Di Berkas Posted: 03 Mar 2012 07:52 PM PST Taktik licik seorang tukang tilik yang terlibat dalam kes penipuan dan pukau untuk melarikan diri tidak berjaya apabila ditahan ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin. Tukang tilik wanita berusia lewat 40-an yang merupakan warganegara China itu sebelum ini telah banyak melakukan kes penipuan dan pukau yang melibatkan puluhan ribu ringgit. Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, PPKM cuba menjejaki suspek sejak setahun lalu, bagaimanapun dia licik melarikan diri sebaik mengetahui dirinya diperhatikan. Menurutnya, dalam kejadian pagi kelmarin, suspek dilihat sedang berjalan dengan dua wanita dan seorang lelaki di sekitar kawasan Pasar Umum Kulim kira-kira jam 10 pagi. "PPKM sudah menjejaki suspek sejak setahun lalu kerana telah memperdayakan ramai mangsa terutama golongan wanita. PPKM juga pernah mengepung suspek sebelum ini tetapi dia begitu licik dan berjaya melarikan diri bersama rakan yang lain. "Setelah berjaya ditahan, saya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat daerah (IPD) Kulim untuk mendapatkan bantuan unit MPV menghantar suspek ke Balai Polis Kulim. Dari pemeriksaan awal dijalankan PPKM mendapati suspek memperoleh wang yang banyak setiap kali berjaya menipu mangsa," katanya. Sebelum itu, seorang mangsa, Low Sei Eng, 55, dari Bukit Mertajam berkata, ketika kejadian, dia tidak sedarkan diri sebelum menyerahkan barangan seperti dua utas rantai emas, dua gelang, rantai tangan dan wang tunai RM7,000. "Saya tidak menyedari apa yang berlaku, namun apabila sedar, saya sudah menyerahkan pelbagai barang berharga kepada suspek," katanya. Suspek akan ditahan untuk disoal siasat dan polis akan terus memburu tiga rakan suspek yang masih bebas. No related posts. |
You are subscribed to email updates from di kulim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan