Isnin, 12 Mac 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Wang Palsu Dikesan <b>Di Kulim</b> « Kulim Malaysia Online

Posted: 25 Feb 2012 12:30 AM PST

KULIM, 23 Feb (Bernama) — Sebuah pemilik restoran di sini dilaporkan telah menerima wang palsu daripada pelanggannya yang bernilai RM50.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh berkata kes itu dikesan apabila pemilik restoran berkenaan yang terletak di Taman Kenari, Tan Khim Pheng, 46, melaporkan bahawa dia telah menerima sekeping not palsu tanpa disedarinya.

Dia dilaporkan telah memasukkan wang palsu itu bersama segugus wang bernilai RM20,000 ke dalam akaunnya di sebuah bank petang semalam.

"Dua jam kemudian pihak bank telah menghubunginya memaklumkan bahawa mereka telah mengesan sekeping daripada wang yang dimasukkannya adalah wang palsu, selepas diimbas," kata Ghuzlan kepada Bernama Khamis.

Difahamkan ramai peniaga lain terutama pengusaha kedai makanan telah menerima wang palsu tetapi mereka tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa.

– BERNAMA

Tags: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan