Jumaat, 23 Mac 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


KADIR SHEIKH FADZIR JADI CALON PKR <b>DI KULIM</b> <b>...</b> - Flying Kick

Posted: 22 Mar 2012 05:59 AM PDT


Tok Kadiaq akhirnya meninggalkan UMNO sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai orang. Bagaimanapun Tok Kadiaq bagitahu, dia sebenarnya keluar dari UMNO kerana nak perbaiki UMNO...

Pernah dengar alasan sebegitu sebelum ini tetapi dari mulut orang lain?

Sudah terdengar cerita-cerita 'menarik' tentang Tok Kadiaq yang khabarnya akan menjadi calon PKR Kulim-Bandar Baru pada PRU akan datang. Tok Kadiaq yang merupakan orang nombor dua AMANAH yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah nampaknya masih bernafsu untuk kembali aktif dalam politik walaupun hayat politiknya bersama-sama UMNO sudah ditalkinkan.

Legasi yang cuba ditinggalkan oleh Tok Kadiaq kepada kaum keluarganya, nampaknya cuba dipertahankan dengan kontroversinya keluar UMNO dan menyokong Pakatan. Bagaimanapun, ramai yang tahu bagaimana di Kulim-Bandar Bharu sendiri, Tok Kadiaq sudah tidak mampu mengekang pengurangan pengaruhnya. Sudah ramai yang mula mempersoalkan tentang kewajaran Tok Kadiaq mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang cuba membela dirinya setelah sekian lama menikmati pelbagai keistimewaan di dalam UMNO.
Mungkin menyedari penghakisan pengaruh itulah, apatah lagi dicampur pula dengan beberapa 'masalah lain yang dilihat tidak memihak kepadanya, Tok Kadiaq akhirnya memilih untuk keluar dari UMNO sambil cuba mendabik dada, kononnya UMNO tidak pernah memberikan sebarang kekayaan kepadanya!
Rasa-rasanya ramai yang tergelak besar dengan kenyataan Tok Kadiaq terutama dalam banyak hal yang berkaitan dengan kekayaan yang dimilikinya. Apa lagi yang Tok Kadiaq boleh nafikan kerana semua kata-katanya, hanya menunjukkan yang Tok Kadiaq tidak ubah seperti KACANG LUPAKAN KULIT!
Namun yang menariknya keputusan Tok Kadiaq untuk keluar dari UMNO, sememangnya dialu-alukan, sekaligus menandakan bermulanya kehilangan ahli keluarganya dalam permainan politik UMNO di Kulim-Bandar Baru khususnya!
Yang sahnya, Tok Kadiaq boleh berterima kasih kepada Mat Sabu kerana disebabkan Timbalan Presiden PAS itulah, Tok Kadiaq berjaya diyakinkan untuk keluar dari UMNO. (RUJUK SINI)

Demonstrasi Bantah Memorial Park <b>Di Kulim</b> | kedah69ers

Posted: 01 Mar 2012 02:16 AM PST

Satu demonstrasi telah diadakan di luar Mahkamah Majistret Kulim anjuran Jawatankuasa Bertindak Mewakili Penduduk Mukim Karangan pagi tadi. Jumlah yang hadir adalah lebih kurang 50 orang.

Selain itu, Jawatankuasa itu juga berhimpun bagi memberi sokongan terhadap Khairul Anuar bin Ramli yang dibicarakan pagi tadi atas dakwaan khianat di bawah Seksyen 427 KK kerana insiden di MPKK pada 20 Februari 2012.

Antara ucapan mendesak projek tersebut tidak diteruskan, demonstrasi ini akan diteruskan dan jawatankuasa bertindak akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri pada 3 Februari 2012 di Sungai Petani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan