Ahad, 25 Mac 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


KedahLanie.info: Menjawab isu Jerat Cina <b>di Kulim</b> yang di <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 09:52 PM PDT

Isu jirat Cina di Kulim jerat UMNO
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA (Harakah) Tak habis-habis isu perkauman sempit. Pembangkang di Kedah buat onar lagi. Kali ini isu kelulusan tapak perkuburan orang-orang Cina bukan Muslim atau biasa dipanggil jirat Cina.

Segelintir penduduk yang diperalatkan oleh Umno mengadakan demonstrasi haram Jumaat lalu mengecam kerajaan negeri kerana kononnya telah meluluskan jirat Cina seluas 190 ekar di Sungai Kob, Daerah Kulim. Dalam bantahan tersebut mereka mendakwa bahawa tanah tersebut asalnya berstatus Tanah Simpanan Melayu dan kerajaan negeri telah mengkhianati Tanah Simpanan Melayu.

Bantahan juga bertumpu kepada kononnya ketidakprihatinan kerajaan negeri menjaga sensitiviti orang Melayu kerana membenarkan jirat Cina diadakan di kawasan Melayu. Semuanya berkisar mengenai perkauman.
Persoalan paling pokok ialah benarkah jirat Cina itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Jawapannya, tidak benar! Projek pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim itu telah diluluskan pada 2007 di masa Menteri besarnya ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Serentak dengan kelulusan tersebut, penduduk kampung sudah bangkit membantah. Sewaktu kerajaan negeri termanggu-manggu mencari penyelesaian tiba-tiba kerajaan BN tumbang di Kedah.

Maka macam biasa beban pun terpikul kepada kerajaan PR. Untuk tidak memberi kelulusan projek dari awal adalah lebih mudah dari membatalkan projek yang telah diluluskan. Maka kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik supaya kedua-dua pihak berpuas hati.

Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik persendirian. Asalnya tanah milik orang Melayu tapi bukan berstatus Tanah Simpanan Melayu seperti yang ditohmahkan oleh pembangkang kerana tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Orang Melayu berpusu-pusu menjual tanah kepada pihak lain tidak pernah memikirkan bahawa hak mereka akan hilang selepas itu kerana yang penting bagi mereka ketika itu ialah wang tunai. Apabila tanah sudah berpindahmilik, terpulanglah kepada tuan tanah tersebut untuk melakukan apa-apa projek di atas tanahnya. Bekas pemilik tanah tidak berhak mengajar apa yang boleh dan boleh mereka lakukan di atas bekas tanahnya. 'Kehilangan' tanah orang Melayu itu berlaku di zaman kerajaan negeri diperintah oleh Umno yang mengaku menjadi pembela orang Melayu.

Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk. Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.

Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semua bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar. Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri. Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.

Pembangkang dengan nada perkauman mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina. Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.

Sama macam isu Madrasah Salihiah, Kanchut, penduduk tempatan sudah faham tapi orang luar pula yang menyibuk. Penggerak demonstrasi haram itu juga dikatakan orang yang sama mengadu domba dalam isu Madrasah Salihiah. Mereka membawa kanak-kanak mengangkat sepanduk. Menurut ADUN Kulim, Lim Soo Nee (PKR), daripada sumber yang beliau perolehi, kanak-kanak yang terlibat dalam demonstrasi tersebut adalah anak-anak yatim yang dibawa oleh pembangkang.

"Orang-orang kampung yang datang ke situ bagi melihat apa yang terjadi, maka boleh nampakkan ramai yang datang untuk demonstrasi," jelas Soo Nee. Buruk benar permainan pembangkang.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim turut menyelar tindakan penganjur mengadakan demonstrasi tersebut. "Tak perlu orang Melayu tiba-tiba bangun dan demonstrasi kerana tanah mereka sudah pun terjual," katanya.

Beliau menyarankan semua terlibat dalam demonstrasi memikirkan masalah tanah perkuburan Islam yang semakin serius. Menurutnya, antara isu di Taman Selasih, Kulim, ribuan penduduk Islam tiada tanah perkuburan. Betul juga. Asyik menyibuk jirat Cina, tanah kubur orang Islam sendiri pun belum selesai.

Dari aspek politik, isu yang dimainkan Umno ini sangat menguntungkan PR di Kedah. Berdasarkan komposisi kaum, kira-kira separuh kerusi DUN di Kedah 'ditentukan' oleh pengundi bukan Melayu, khususnya orang Cina. Umno pernah anjur demonstrasi bantah kandang babi di Pokok Sena dan Gurun. Mereka bantah pusat hiburan untuk bukan Muslim di bulan Ramadhan. Sekarang berdemo bantah jirat Cina. Dari hidup sampai mati, semua Umno mau kacau maa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan