02 di langkawi - Google Blog Search |
MahaRaja – Juadah ala Arab <b>di Langkawi</b> | JuadahMalaysia.com Posted: 16 Mar 2012 12:25 AM PDT Ya habibi..Ya maulana…. Ewah..ewah… juadahmalaysia.com baru pulang dari negara Timur Tengah kah? …. hehe..tak de maknanya nak jalan jauh-jauh nih. Setakat Pulau Langkawi tu selalu sangat la… Baiklah…biasanya saya kongsikan juadah ala melayu dalam blog ni, tapi hari ni apakata kita ubah selera dengan menikmati juadah ala arab pulak.. Nama kedai makan ni ialah MahaRaja Lawak….. ehh..eh.. bukan rancangan Maharaja Lawak kat Astro tu tapi Restoran Maharaja yang terletak di Perdana Quay, Telaga Harbour Park, Langkawi. Lokasinya betul-betul mengadap pantai iaitu tempat parking bot-bot mewah. Suasana persekitarannya cukup mendamaikan. Restoran ni betul-betul bersebelahan dengan satu-satunya stesyen minyak Petronas yang terdapat di kawasan Pantai Kok. Manakala di tingkat atas bangunan ni terdapat restoran KFC.
Macamana saya boleh sampai ke sini… Sebenarnya sebelum ni mr suami pernah meraikan sahabatnya dari Iran untuk makan di Maharaja. Katanya sedap… jadi haritu, dia bawa saya pula untuk mencuba kelainan makanan di sini. Jom tengok apa makanan yang best
Memang banyak juadah yang disediakan di sini. Nasi beriyani pun ada bermacam-macam jenis. Ada juga juadah western food dan indian food. Lihatlah buku menu ni
pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia. |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan