Jumaat, 23 Mac 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Bendera BN, UMNO <b>di Merbok</b> dibakar - Utusan

Posted: 18 Mar 2012 05:26 AM PDT

Bendera BN, UMNO di Merbok dibakar

Bendera BN, UMNO di Merbok dibakar

18/03/2012 6:08pm

SUNGAI PETANI 18 Mac - Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera UMNO di jalan masuk ke Taman Malinja dekat sini dibakar dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang.

Kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi.

Penyelaras Parlimen yang juga ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Anuar Ahmad membuat

laporan itu di Balai Polis Merbok.

Beliau yakin perbuatan itu mungkin dilakukan penyokong parti pembangkang yang menghadiri ceramah politik di taman perumahan itu.

Katanya, beliau kesal dengan kejadian membakar bendera itu yang disifatkan bukan cara atau etika masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

Menurut beliau, kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dalam Parlimen Merbok kerana banyak poster BN yang dipasang, dikoyak pihak tertentu atau ditampal dengan poster pembangkang sebelum ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan