ads

Rabu, 28 Mac 2012

di negeri kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


DAP <b>Kedah</b> ugut akan bertanding tiga penjuru <b>di</b> PRU13. | UtaraNews

Posted: 26 Mar 2012 05:00 AM PDT

Jika DAP gagal mendapatkan lebih banyak kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, parti itu mungkin tidak mempunyai pilihan tetapi akan berentap dalam pertandingan tiga penjuru.

ADUN tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik berkata, ini bukan hasrat parti mahupun keinginan rakyat tetapi kerana landskap politik di negeri itu telah berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Lee, yang merupakan ADUN Kota Darulaman, menambah bahawa parti itu mahu memainkan peranan lebih besar dalam kerajaan negeri Kedah, dan oleh itu ia berhasrat mempunyai perwakilan yang lebih besar di negeri ini.

"Kami tidak menuntut, kami akan serahkan kepada kepimpinan pusat untuk memutuskannya dan kita akan menghormati keputusan itu tetapi kami ingin mendapatkan lebih banyak kerusi kerana kita mempunyai kubu kuat di Kedah juga," katanya kepada Malaysiakini.

"Ia bukan kerana kita mahu mengurangkan pengaruh PAS di negeri ini tetapi disebabkan oleh kesan limpahan sokongan yang kuat untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang, sokongan untuk kami di sini semakin meningkat," katanya.

Lee merujuk kepada pengumuman Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam bahawa DAP tidak akan mendapat sebarang kerusi tambahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Azizan dipetik oleh media sebagai berkata pengagihan kerusi di kalangan PAS, PKR dan DAP adalah berdasarkan status quo 2008.

Lee yang tidak bersetuju dengan kenyataan Azizan, berkata beliau tidak pasti sama ada pesuruhjaya PAS negeri itu "hanya bermain politik atau mahu mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah".

Menurut Lee, menteri besar telah beberapa kali membuat kenyataan seumpama itu.

Lee turut mendedahkan bahawa DAP berminat bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti bila kepimpinan gabungan pusat akan memutuskan kerana mereka belum bertemu untuk membincangkan peruntukan kerusi di negeri ini.

Kini terdapat 36 kerusi negeri di Kedah - Pakatan mempunyai 20, BN 14 dan terdapat dua Bebas - di Lunas dan Bakar Arang.

Pada 2008, PAS bertanding 24 kerusi negeri dan menang 16, PKR bertanding 11 tetapi menang empat, di mana dua daripada mereka kemudian menjadi ADUN Bebas. DAP menang satu kerusi, manakala baki 14 kerusi lagi dipegang oleh BN.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved