ads

Selasa, 3 April 2012

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Lebih 30 rumah rosak akibat ribut <b>di Baling</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2012 11:12 PM PDT

BALING: 18 Mac – Lebih 30 rumah di lima buah kampung di sini musnah akibat dilanda ribut jam 4.30 petang semalam manakala tiga buah kedai menjual makanan dan barang keperluan harian turut roboh dalam kejadian itu.

Kampung terbabit ialah Kampung Lanai membabitkan 23 rumah di Kampung Sungai Tas, Kampung Carok Salang (2), Kampung Sungai Tembak (5) dan Kampung Parit Panjang (3).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lanai, Ghazali Morad, 60, berkata dalam kejadian itu kebanyakan rumah yang terbabit kehilangan bumbung dan rosak akibat dihempap pokok.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan di kampung Sungai Tembak, Yusuf Ahmad, 58, bersyukur kerana keluarganya terselamat selepas kedainya roboh ketika kejadian itu.

"Ketika ribut dalam kedai saya terdapat seorang pelanggan selain tiga anak saya serta isteri turut terperangkap dalam runtuhan kedai," kata Yusuf di sini, hari ini.

Susulan itu, laluan utama dari Parit Panjang Ke Baling dan dari Kampung Lanai ke Kuala Pegang tergendala lebih tiga jam akibat pokok tumbang di atas jalan.

Difahamkan semua kenderaan yang hendak ke pekan Baling terpaksa menggunakan laluan Kuala Ketil ke pekan Baling sejauh 60 kilometer.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved