Sabtu, 28 April 2012

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jitra</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Apr 2012 09:42 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Rumah <b>Di</b> Kawasan <b>Jitra</b> Mahal @ Info Klasik

Posted: 24 Apr 2012 10:26 PM PDT

Baca Selanjutnya »

Rumah adalah satu aset yang amat penting dalam kehidupan kita terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Setiap individu sentiasa mengidamkan untuk memiliki rumah sendiri. Di zaman sekarang, ramai di kalangan masyarakat kita berlumba-lumba untuk memiliki rumah sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk disewakan.

Harga Rumah kini semakin hari dilihat semakin mahal sehingga ada yang mencecah jutaan ringgit. Pada 15 tahun terdahulu harga rumah kos rendah di sekitar Daerah Kubang Pasu terutamanya di kawasan Jitra adalah sekitar RM25,000 hingga RM35,000 seunit tetapi kini sudah mencecah RM60,000 hingga RM90,000 seunit jika ada yang ingin menjualnya tidak kiralah kawasan tersebut banjir atau pun bebas dari banjir. Manakala kadar sewa rumah kos rendah dari RM100 dahulu, kini sudah mencecah RM300 sebulan.

Tidak hairanlah kerana kawasan Jitra merupakan tempat tumpuan pelajar-pelajar dari beberapa pusat pengajian seperti Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA), Institut Aminuddin Baki (AIB), Institut Latihan Perindustrian Jitra (ILP Jitra), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah (POLIMAS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN Jitra), Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Giatmara Jitra dan Akedemi Binaan Malaysia (ABM Sintok).

Cuba anda bayangkan di Jitra atau kawasan yang berdekatan, rumah baru kos sederhana kini paling rendah berharga sekitar lebih dari RM130,000.00 manakala rumah berkembar RM178,000.00 ke atas, berapa pula harga bagi rumah kos rendah?. RM90,000.00?. RM100,000.00?.

Jika ada penjual yang ingin menjualkan rumahnya kepada anda pada harga RM90,000.00 ( Rumah Kos Rendah) contohnya, pihak bank akan membuat penilaian terlebih dahulu tentang rumah tersebut sebelum memberi pinjaman kepada anda. Kos penilaian rumah tersebut sekitar RM600 dan RM3000 untuk kos guaman. Jika rumah tersebut dinilai sekitar RM60,000.00 sahaja maka selebihnya andalah yang harus lunaskan. Kebanyakan penjual tidak akan menurunkan harga kerana mereka berpendapat rumah di kawasan Jitra memang strategik. Jadi apa pilihan yang anda ada?.

Masalahnya, pelbagai projek perumahan giat dijalankan tetapi banyak yang melibatkan rumah-rumah kos sederhana ke atas, jika ada sekalipun rumah kos rendah, amat terhad, itu pun terletak jauh di kawasan pendalaman yang terlalu jauh bagi sesiapa yang bekerja di sekitar Jitra mahu pun Alor Setar.

Kerajaan harus meneliti permasalahan ini kerana rata-rata penduduk di sekitar kawasan Jitra adalah di kalangan petani, pesawah dan peniaga kecil-kecilan. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, mampukah mereka untuk memiliki rumah ketika ini yang berharga ratusan ribu?.

RED FLAG: Berguru <b>di Jitra</b> Bike Park

Posted: 22 Apr 2012 08:33 PM PDT

IMG_8621

Dikala bulan yang baru mau berganti (30 Jamadil Awal) Hari pertama minggu terakhir. Alkisahnya Sang Adi Guru menerima kunjungan murid. Untuk berguru menuntut ilmu yang satu. Sepersalinan dibekalkan, pulut kuning buat santapan( 'menyorok'), Tiada pengeras yang dikenakan. Hanyalah semangat perlu dikuatkan. Keyakinan diri perlu diserlahkan.

Dikala embun masih membasah, dikala mentari mengintai dicelah. Bukit didaki sabar melangkah, senjata dibawa untuk bertingkah

Yaa.. hariini, saudara Maher Adib(Geng Geja) dari KL singgah ke bike park untuk mencari ilmu dari sifu. Balik mengunjungi mentuanya di Pauh, Perlis dan kebetulan abang iparnya tinggal tidak berjauhan dari Bike Park..

Segala yang patut telah diturunkan, berbagai teori dan amali telah diberikan, INSYAALAH berkat ilmu dari guru  menjadi bekalan.

UNTUK MAKLUMAN ..minggu lepas geng Sungai Petani udah turun mengadap guru. Insyaalah minggu depan ada lagi majlis ilmu kepada saudara baru (MTB seluruh Kedah ooo) … maka tunggu

IMG_8593

Dengan basikal baru yang 'rare' Banshee Legend MK 11 dengan shock custom jenama 'Elka' sepanjang 9 in

IMG_8597

Cikgu menunjuk teknik yang betul

IMG_8604

Berjaya : Bila ilmu dicurah – terus sahaja dipraktik. Sambil video diambil buat mencari silap & salah untuk dipertulkan.

IMG_8610

Serius mendengar penerangan

IMG_8614

gembira dengan ilmu yang diberi

Elev BP

Elevation

Tiada ulasan:

Catat Ulasan