Sabtu, 7 April 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


wancikgumuzik: 3 MAKNYAH <b>DI LANGKAWI</b> DIARAH SOLAT <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 03:43 PM PDT

3 MAKNYAH DI LANGKAWI DIARAH SOLAT BERJEMAAH | Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, petang kelmarin.

Sebelum itu, mereka yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam pemeriksaan di sebuah pusat karaoke, kira-kira jam 6.30 petang.


Ketiga-tiga mak nyah berkenaan turut diberi kemeja- T dan kain pelikat untuk menunaikan solat supaya mereka insaf dan kembali menjadi lelaki sejati.

Pegawai Penguat Kuasa Padal, Rosyadah Ramli berkata, semua lelaki itu ditahan ketika leka menyanyi dalam sebuah bilik di pusat karaoke terbabit.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memakai kosmetik, beg tangan dan berpakaian wanita tetapi ketika soal siasat mengaku lelaki.


"Selepas ditahan, kami memberi kaunseling sebelum mengajak mereka menunaikan solat berjemaah agar dapat memberi keinsafan.

"Kami kemudian mengeluarkan saman supaya mereka hadir untuk diambil keterangan di pejabat agama daerah," katanya.

Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit adalah penduduk tempatan dan belum pernah ditahan sebelum ini.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -HMmetro


SILA LIKE FB FANPAGE AKU NIH..!! 

aLw!z b3 my baby: Kereta Sewa Murah <b>di Langkawi</b>

Posted: 20 Mar 2012 06:57 PM PDT

okey, semalam aku dah up entry pasal homestay yang aku duduk sepanjang percutian kat langkawi. homestay yang memang best sebab complete semua barang pon ada. sangat-sangat puas hati dan aku memang rekemen kalau korang pon nak stay jugak kat situ kalau nak datang bercuti kat langkawi. so, haini meh nak cite pulak pasal kereta sewa kat Langkawi.
oleh sebab ahli rombongan pon ramai, so kena amik 2 bijik kereta lah! mula² aku nak amik van pregio yang 12 seater tu, tapi harga pon boleh tahan RM250 sehari. memang dah tak boleh kurang dah sebab cuti sekolah dan banyak permintaan.. so, tokey keta tu suggest aku amik 2 bijik kete. die kasi kete waja n iswara.



untuk kedua-dua kereta ni die caj RM80 sebijik. ni rate cuti sekolah yer, kalau hari biasa aku rasa lagi murah.. so, untuk dua bijik kete ni total 3 hari 2 malam die caj RM320. tapi masa nak bayar tu, laki aku just bayar RM310 untuk 2 bijik kereta selama 3 hari 2 malam (rate cuti sekolah).

 dan untuk pengetahuan, masa kunjungan aku ke Langkawi masa tahun 2009, aku sewa kereta Nissan Sentra pon rate yang sama.. RM80. so, 3 hari 2 malam total RM160 sajok. ni hari biasa la, kalau cuti sekolah rate dia lain..

 
dan masa percutian Langkawi 2010, aku sewa unser pon dapat rate yang sama jugak - RM80. semua kereta tak kira beso kecik sama je harga...
dan untuk keempat-empat kereta di atas, aku sewa dengan Encik Zaini. tiap² tahon pegi langkawi pon sewa kereta dengan dia.. best tau sebab boleh nego-nego harga.. En. Zaini ni sangat baikkk. bila sembang rasa cam dah kenal lama. umur pon lebih kurang baya² kita jugak aku rasa sebab nampak cam muda lagi..

so, sesape nak pegi Langkawi, leh contact En. Zaini yer.. boleh mintak kurang harga lagi.. dan untuk pegi island hoping pon sama jugak.. En. Zaini pon boleh uruskan!

En. Zaini Langkawi - 012 5275019

.
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan