Isnin, 16 April 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Bronok – Kerabu Popular <b>di</b> Pulau <b>Langkawi</b> | JuadahMalaysia.com

Posted: 31 Mar 2012 07:32 PM PDT

 Assalammualaikum..

Ini cerita makan-makan saya tahun lepas. Dah pernah saya kongsikan kisahnya di blog personal satu lagi. Namun ada sahabat minta saya kongsikan tentang juadah hebat ini di blog juadahmalaysia.com pula. No..problem… Baiklah, istimewanya makanan yang satu ni ialah ia hanya terdapat di Pulau Langkawi. Kat tempat-tempat lain memang korang tak kan jumpa makanan nih. Mesti korang nak tahu makanan apa yang special sangat tu? Baiklah, jom ikut saya menikmati BRONOK !!

Apa itu Bronok ?

Anda pernah dengar nama bronok ?…. Kalau di Terengganu, ada satu kuih namanya kuih bronok atau kuih sagu.  Tapi di sini maksud bronok bukanlah nama sejenis kuih tetapi ia merupakan sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Bronok dimakan mentah iaitu dijadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Korang nak tahu macamana rupa paras bronok ? Jeng..Jeng..Jeng…

-

-

-

-

-

-

Cakk…. ini lah bronok yang saya maksudkan. Ia berwarna coklat atau merah jambu. Rupa macam gamat tapi bukan gamat. Adik-beradik sea cucumber ! . Ada berani makan ! eee… macam lintah, geli…

scroll lagi…

-

-

-

-

-

Taraaa………

Glupp…..bronok semasa baru ambik dari laut….. :roll:

-

-

-

ini pula bronok yang telah dijadikan kerabu. bila dah jadi kerabu memang tak nampak lagi rupanya yg menggelikan itu. bronok tak boleh dimasak. kalau kena panas terus jadi cair. itu sebabnya ia sesuai digaul buat kerabu ja.

Cara membuatnya : bronok  dibersihkan untuk proses selanjutnya…ia akan dicampur dengan bahan2 biasa seperti kita membuat kerabu kerang atau kerabu jantung pisang atau kerabu daun selom…kemudian masukkan bronok yang telah dihiris-hiris tuk menjadikan ianya kerabu bronok

Pertama kali saya menikmati kerabu bronok adalah semasa dinner di warung Mak Teh di Kg Kuala Triang. Masa makan tu saya tak pernah tahu apakah si bronok ni.  Yang saya tahu, mulut saya mengatakan ianya sedap. Sungguh… memang sedap. Bronok ni dari segi rasanya agak masin, isinya lembut dan sedikit kenyal seakan-akan isi kelapa. Lagi berselera bila dimakan bersama nasi panas. Sejak daripada tu, setiap kali datang ke Langkawi saya mesti mencari kerabu bronok untuk menikmati keenakkannya.

Pernah satu hari saya ke Pasar Padang Mat Sirat, ternampak orang menjual bronok ni. Selonggok bronok berharga RM 2. Apa lagi, mr suami terus beli. Nak suruh saya projekkan bronok ni memang saya tak tahu. Jadi kami ke warung Mak Teh dan minta dia sediakan kerabu bronok khas untuk kami  :D

kerabu bronok yang kami order dari Mak Teh

Amacam… korang mesti dah terliur tengok kerabu bronok ni kan? Walaupun rupa paras bronok ni huduh, namun rasanya sedap. Ketahuilah anda bahawa ia merupakan makanan yang berkhasiat (macam khasiat gamat juga). Ia boleh digunakan sebagai ubat luka ringan, sakit sendi, radang, asma, paru-paru, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Satu lagi saya pernah dengar bronok ni bagus juga untuk manfaat kesihatan kaum lelaki. wallahualam.

kalau kat warung Mak Teh, kerabu bronok dijual dalam paket-paket begini. klik "Gulai Panas Mak Teh" untuk review kedai makan tersebut yang pernah saya kongsikan dulu.

Sekarang korang semua dah tahu kan apa itu bronok?  Jadi bagi sesiapa yang belum dan ingin mencuba kerabu bronok, bolehlah datang ke Langkawi dan rasainya sendiri.

pst : Anda ada pengalaman makan bronok ? Jom kongsikan kisah anda dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan