Jumaat, 20 April 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Sedap Gak Nasi Campur <b>di Langkawi</b>

Posted: 15 Apr 2012 08:51 PM PDT

Hari tu masa kat Langkawi singgah le kat salah satu gerai. Alamak sorry le tak sure nama apa tapi ianya tak jauh dengan airport. Pelbagai jenis masakan ada kat sini. Masa makan masa lunch, memang ramai betul yang datang sini. Orang cakap kalau ramai orang mesti sedap kan?

 Make sure ya bayar dulu sebelum makan. Itu yang makcik tu cakap.
So ambil le nasi, ayam goreng, kacang goreng dan sambal belacan. Ayamnya memang besar dan garing. Itu yang menyebabkan ianya sedap ditambah pula ngan rasa rempahnya. Kacang pula apabila digoreng bersama dengan telur menambahkan lagi selera. By the way, ianya RM5.00, memang cukup berbaloi especially bila ianya sedap. 
Air macam mana pula? Makcik tu cakap free aja, pilihlah air kat kaunter air, ada teh o ais, sirap, anggur dan air kosong. Pilihlah yang mana nak ya, tambah le banyak kali. Free aja.
So kalau yang pergi ke Langkawi make sure singgah le kat sini ya. Rating? Saya bagi 8.2 out of 10.

Lawatan 5s KD MAHAWANGSA <b>di Langkawi</b>

Posted: 12 Apr 2012 05:52 PM PDT

MPC Wilayah Utara sekali lagi telah menganjurkan sesi Lawatan 5S ke kapal  KD MAHAWANGSA   di Pangkalan TLDM Bukit Malut, Langkawi pada 12 April 2012. Lawatan kali ini telah disertai oleh 135 peserta dari pelbagai organisasi awam dan swasta dari negeri Kedah dan Perlis.

Delegasi lawatan ini diketuai oleh Tn Hj Ahmad Fadzil Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah  MPC . Turut sama dalam lawatan ini adalah ADUN Kuah YB Dato' Ir. Hj Nawawi Bin Hj Ahmad dan ADUN Ayer Hangat YB. Haji Mohd Rawi Bin Abd Hamid

Para delegasi lawatan telah diberi taklimat perlaksanaan 5S dan dibawa melawat kapal tersebut. KD MAHAWANGSA merupakan kapal perang pertama di Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti.

Dalam ucapan aluan Pegawai Memerintah kapal KD MAHAWANGSA, Kapten Jamel Abdul Rahman mengucapkan terima kasih di atas kesudian para pelawat yang hadir. Menurut beliau menyifatkan bahawa amalan 5S yang telah dilaksanakan telah memberi banyak transformasi yang positif dalam melakukan kerja seharian di kapal.

Untuk gambar lawatan dan maklumat lanjut, sila layari laman web www.KDMAHAWANGSA.com

TRANSFORMATION . INNOVATION . PARTNERSHIP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan