Isnin, 30 April 2012

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: 34 rumah <b>di Pendang</b> dilanda banjir lumpur

Posted: 13 Apr 2012 04:49 PM PDT

PENDANG -- Sebanyak 34 rumah di empat kampung di Mukim Air Putih dekat sini dilanda banjir lumpur sedalam 0.2 meter awal hari ini.

Empat kampung yang terlibat dalam banjir lumpur itu ialah Kampung Kilang Kechil (lima rumah), Kampung Lanjut Binjal (12), Lorong Haji Daud, Air Putih (dua) dan Kampung Air Putih (15).

Talib Arifin, 70, yang tinggal di Kampung Kilang Kechil berkata hujan lebat pada pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi ini menyebabkan air bukit di kawasan kuari tanah itu mengalir deras secara tiba-tiba dan masuk ke dalam rumahnya dan jiran yang lain.

"Masa kejadian saya dan isteri Azizah Md Rejab, 64, sedang tidur. Apabila tersedar, kami dapati air sudah mula masuk ke dalam bilik...air naik secara mendadak dan kami tak sempat menyelamatkan barang-barang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Talib yang tinggal berdua sahaja bersama isterinya, berkata kawasan rumahnya dan jiran yang terlalu rendah menyebabkan kerap berlaku banjir kilat tetapi ini banjir lumpur ini yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.


Sepasang warga emas Che Wa Endut, 72, dan suaminya Hamid Din, 74, yang hanya tinggal berdua di rumah mereka pula sedih kerana banjir lumpur itu merosakkan barangan persiapan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

"Dah tiga kali banjir lumpur ni. Mak cik dah tua dan tak mampu lagi untuk cuci rumah dan barangan yang terkena lumpur," katanya.

Tinjauan mendapati mangsa yang terlibat sibuk mencuci rumah mereka yang diselaputi lumpur dan membasuh barangan yang masih boleh digunakan seawal pukul 8 pagi ini.

Sementara itu lapan rumah di Kampung Belakang Sekolah Bukit Jenun dan lima rumah di Kampung Bukit Jenun dekat sini ditemggelami air sedalam 0.2 meter kira-kira pukul 2 pagi ini.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pendang Mohd Izzuddin Inus Meah berkata pihaknya telah mengarahkan 20 anggota melakukan kerja-kerja membersih rumah yang dilanda banjir lumpur bermula seawal pukul 8  pagi ini. -- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan