02 di yan kedah - Google Blog Search |
BLOG KEDAH: 02 <b>di yan kedah</b> - Google Blog Search Posted: 08 Apr 2012 01:27 AM PDT URL Sumber Asal :-
| |||||||
kasEh sElaSih: #22) Pulau Songsong, <b>Yan</b>, <b>Kedah</b>, 3-4 Feb, 2012 Posted: 16 Mar 2012 04:36 AM PDT Salam, kali ni mahu share foto waktu aku dan rakan-rakan berjimba di Pulau Songsong.. Pulau Songsong? (dengan nada tinggi) mesti tertanya-tanya kat mana kan. Actually, aku pun tak lah expect tinggi2 sgt kat Pulau yang tak ketahuan nih.. tapi atas permintaan Kak D, aku dan rakan2 yang lain (Isk, In) pun follow saje Cik Tree n Kak D balik ke kampung mereka di Yan Kedah. Perghh..sungguh tak sangka, kat Yan, Kedah pun ada tempat bercuti! Bak kata Isk, "percutian di Yan". Lepas layan sunrise yang tak berapa rise kat Jeti, kami pun pulang dan start packing. Sempat beli ikan termenung yg fresh-fresh (baru naik dari laut) kat pasar nak bakar. Sebaik aja bot sampai, oh ya kami naik bot nelayan untuk ke sana (first time nih!!~jakun) yang mana bot nelayan tersebut bolehlah disewa dengan harga RM200 pergi balik. Panas boleh tahan jugak la. Tulah sebabnya nelayan kulit mereka agak gelap, sebab kadang-kadang berminggu-minggu di lautan, panas terik membakar kulit.. aduhai, terharu sangat dengan jasa-jasa para nelayan. Tanpa mereka-mereka nih, tak dapatla makan ikan yang sedap-sedap tu!Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Air laut warna hijo.. terpegun sat. sereyes, tak expect kecantikan camnih! Aku terpegun, kagum melihat kejernihan air laut tersebut. Rupanya, Pulau ni adalah pulau yang tak berpenghuni milik kerajaan. So, memang jarang orang datang melainkan kaki-kaki pancing. Jadinya, pantai ini masih kekal cantik dan terpelihara. Ada jugak banglo lama kat sini, tapi katanya, dulu ia adalah bekas markas tentera. So, inilah lunch kami!! TerbaEKKK!!! Ikan fresh, letak kunyit pun sampai menjilat jari. Aku makan tak kurang 5 ekor (rasanya lebih kepada 10 ekor jugak laa..hihi).. sadapp sangatt, lagi sadapp bila dicicah dengan air asam! perghhh... rasa cam nak menetap terus kat Yan lah! Pulau ini dikelilingi oleh batu kawi.. oh, ni la pertama kali seumur hidup melihat batu ni. Batunya macam kapur, boleh dibuat tulis-tulis. Dek kerana airnya yang telus dan transparent, ikan berenang pun boleh nampak. nah, tak perlu pergi sampai ke Perhentian kan.. (ceh, exaggerate la pulak.. ;P) Air di sini tenang. macam mandi kat swimming pool, sebab struktur pantainya yang mendatar (laguna). berenang dengan senang hati, sampai tak perasan tak pakai sunblock atau apa2 protection. balik, masing2 macam asal dari India. kihkihkihh... Kami spend seharian di sini. Pulang lebih kurang pukul 8 malam. Oh ya, bot tadi sesudah hantar kami, terus aja meninggalkan kami di pulau. Datang kembali bila air pasang, yakni malam lah.. Memang terbaekk lah! p/s: kalau sesiapa berminat untuk pergi, bolehlah kontek Kak D eh. tak rugi... :) |
You are subscribed to email updates from di yan kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan