02 di baling - Google Blog Search |
Portal UMNO Kedah: MANGSA RIBUT <b>DI BALING</b> DIBANTU Posted: 07 Apr 2012 07:44 PM PDT Sebanyak 153 buah rumah dalam 15 buah kampung di daerah ini yang terjejas teruk akibat dilanda ribut Ahad lalu dijangka dapat dipulihkan kesemuanya sehingga Sabtu ini. Usaha itu akan dilakukan menerusi kerjasama Yayasan Pembangunan Rakyat Baling (YPRB), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pengerusi YPRB, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ketiga-tiga agensi itu berganding bahu menghulurkan bantuan untuk pemulihan semula rumah-rumah yang rosak. Menurutnya, ribut kali ketiga yang berlaku tahun ini itu adalah antara yang terburuk selepas kejadian sama berlaku di Kuala Ketil, Parit Panjang pada awal Januari lalu. "Kerjasama itu bagi memulihkan kembali rumah yang rosak teruk termasuk yang ditimpa pokok dan ia akan disiapkan dalam tempoh sehingga Sabtu ini," katanya ketika melawat kerja-kerja pembaikan semua kerosakan sebuah rumah di Kampung Telok sera Ulu Pulai dekat sini hari ini. Hadir sama Setiausaha MKN, Abu Bakar Sudin dan Penyelaras Dewan Undangan negeri(DUN) Kupang, Ishak Mat. Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, sebanyak RM200,000 diperuntukkan oleh pihaknya bersama MKN dan JKM dalam membantu mangsa terbabit. "Kita mahu menyegerakan tempoh membaik pulih kerosakan supaya kehidupan mangsa dapat kembali seperti biasa," katanya. Menurut beliau, pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu mangsa terbabit supaya bantuan disalurkan kepada mereka dengan cepat dan mudah. Kata beliau, melalui jawatankuasa itu pihaknya telah melantik beberapa kontraktor supaya pemulihan rumah terbabit dibuat dengan cepat dan teratur. Antara kampung yang dilanda ribut Ahad lalu adalah Kampung Pekan Pulai, Pak Bong, Sera, Sera Ulu, Sera Bawah, Gabus, Telok Teduri, Sera Bawah, Sera Masjid, Bendang Bechah, Bendang Padang, Seputih, Tanjung dan Charuk Sikin. Menurut Abdul Azeez, semua kontraktor yang dilantik segera itu telah diarah menyiapkan pemulihan rumah mangsa dengan cepat. Kata beliau, usaha pihaknya itu membuktikan slogan rakyat didahulukan telah dilaksana supaya penduduk merasai kesan bantuan Kerajaan Persekutuan dengan segera. Tambahnya, kebanyakan rumah mangsa yang dilanda ribut mengakibatkan bahagian bumbung dan bahagian dapur rosak teruk. Bagaimanapun ia tidak melibatkan kecederaan atau kematian mangsa. Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di baling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan