ads

Sabtu, 19 Mei 2012

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


THE FLYING KICK: PAS KEDAH TARAH BALAK <b>DI BALING</b> <b>...</b>

Posted: 14 May 2012 07:53 PM PDT

Tidak berpuas hati dengan kejernihan air Lata Celak yang bertukar menjadi keruh seperti air "teh ais", beberapa penduduk di Kupang di sini mengadu dan mempelawa Kedahan69ers.com untuk meninjau kawasan rekreasi dan tadahan air yang terletak di Gunung Inas, Kupang, di sini.
Sebelum tiba di Baling, penulis membayangkan tentang keindahan alam semula jadi Gunung Inas, kicauan mergastua, deruan aliran jeram yang mengalir sejuk dan jernih. Indahnya ciptaan Allah SWT…
Di dalam perjalanan, penulis agak kerap berselisih dengan lori-lori balak yang dipercayai datangnya dari lokasi yang dituju.

Penulis tiba di Kupang, Baling, sekitar jam 1.30 tengahari dan diceritakan sedikit tentang latar belakang Lata Celak, kampung-kampung di sekitarnya dan masalah kekeruhan air Lata Celak yang dipercayai akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal serta mencemarkan alam sekitar.
Lebih buruk lagi, Lata yang menjadi tarikan pelancong luar dan penduduk setempat itu hilang daya tarikannya selain para penduduk kampung yang khuatir sekiranya rumah-rumah mereka menjadi mangsa monyet, beruk atau lotong yang diganggu habitat semulajadinya itu.
Menurut salah seorang penduduk dari Kampung Iboi, pendapatan penduduk kampung yang diperoleh dari hasil hutan terjejas teruk akibat pembalakan secara tidak terkawal itu dan kawasan tadahan air itu sewajarnya tidak "disentuh" sewenang-wenangnya.... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved