Khamis, 3 Mei 2012

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


SPYDER DIPASANG <b>DI GURUN</b> , <b>KEDAH</b>. - HELANG <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 04:26 PM PST

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan


Spyder dipasang di Gurun

SEORANG model bergaya di atas motosikal Spyder di Shah Alam semalam.




SHAH ALAM – DRB-HICOM Bhd. menerusi anak syarikatnya USF HICOM (Malaysia) Sdn. Bhd. (USF HICOM) melabur RM2 juta untuk operasi pemasangan tempatan (CKD) model motosikal tiga roda berkuasa tinggi, Can-am Spyder Roadster (Spyder).
Pemasangan tersebut telah dilakukan di fasiliti Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) di Gurun, Kedah.
Ketua Pegawai Operasi USF HICOM, Iqbal Sharom berkata, model yang dikeluarkan di Kanada itu akan diceraikan sepenuhnya di Australia sebelum dibawa masuk ke Malaysia untuk dipasang di Gurun bagi memenuhi keperluan taraf kenderaan CKD.
"Sehubungan itu, kami mampu menawarkannya pada harga yang lebih rendah kepada pengguna," katanya pada majlis pelancaran model Spyder CKD pertama di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DRB-HICOM Bhd., Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza.
Spyder mempunyai rangka berbentuk Y, dengan dua roda di bahagian hadapan dan satu roda di bahagian belakang yang memberikan lebih kestabilan berbanding motosikal biasa dan dilengkapi enjin berkuasa 998cc dengan kemampuan menghasilkan sehingga 106 kuasa kuda.
Sungguhpun ia sebuah kenderaan tiga roda, Spyder turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang setanding seperti kereta moden masa kini seperti Anti Lock Braking System (ABS), Stability Control System (SCS) dan Traction Control System (TCS).
Webmaster

Tiada ulasan:

Catat Ulasan