Pada Jam 4.45 – 4.50 petang ini, sebuah gegaran berlaku yang mengejutkan satu bandar Kulim. Bukan sahaja pelajar Politeknik Kulim (PTSB), malah orang ramai yang berada di Kulim Landmark Center yang lebih dikenali dengan gelaran Giant turun merasa tempiasnya.
Orang ramai dikehendaki berkumpul di luar banggunan dan dikehendaki mengosongkan banggunan tersebut dalam masa yang singkat.
Kulim Landmark Center dikosongkan hampir 40 minit dan selepas melakukan beberapa pemeriksaan oleh pegawai yang bertugas, orang ramai dibenarkan kembali untuk memasuki banggunan tersebut.
Gegaran juga turut dirasai pada banggunan The Store Kulim namun ianya disahkan selamat dan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.
Di Politeknik Kulim pula, gegaran dirasai oleh semua pelajar asrama yang berada didalam bilik masing-masing. Gegearan dapat dirasai oleh pelajar yang ketika itu sedang tidur yang terbangun dan pening akan akibat gegaran tersebut. Pelajar lelaki dan perempuan gegas keluar daripada bilik dan berkumpul di Dataran Asrama bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Menurut Buletin TV3 pada sebelah petang mengatakan bahawa gegaran tersebut adalah dari amaran "tsunami" di Acheh dan ianya berukuran 8.9 skala Ritcher. Walaubagaimanapun, orang ramai mestilah sentiasa berwaspada dan elakkan dari mengunjungi kawasan persisiran pantai bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Berita dari : SYAFIQ MAULA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan