Rabu, 23 Mei 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Pissal: Pemantauan Tanah <b>di Langkawi</b>

Posted: 16 May 2012 09:34 AM PDT

Hasil keputusan Persidangan Perwakilan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad setiap tahun melulus dan memberi kuasa kepada Pengerusi dan ALK membeli harta-harta untuk menjadi aset-aset koperasi seperti Tanah dan Bangunan atau lain-lain yang boleh dianggap sebagai aset.
Hari ini saya ditugaskan ke Langkawi untuk meninjau 2 bidang tanah satu darinya 7 ekar dan satu lagi lebih kurang 4.5 ekar yang terletak di Bukit Wang Tomoyong, Mukim Kedawang, Daerah Langkawi, Kedah.
Sampainya saya di Jetty Langkawi jam 12.30 tengahari dijemput oleh En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak, Pengerusi Koperasi KOSPETA Kawasan Langkawi yang berkhidmat di Majlis Perbandaran Langkawi sebagai Pegawai Pelancongan.  
Sebelum ke tapak tanah tersebut kami berdua makan tengahari terlebih dahulu sementara menanti ketibaan En.Ahmad Basri Suib, Pengerusi ANULAE Cawangan Langkawi untuk pergi bersama-sama ke tapak tanah tersebut. Selepas makan tengahari sebaik sahaja En. Ahmad Basri tiba kami bertiga menuju ke Bukit Wang Temoyong.
Ketibaan kami disambut oleh En. Aziz bin Arif selaku ketua kepada waris-waris tanah tersebut bersama rakanya, Kami diberi penerangan mengenai tanah tersebut dengan 2 keping salinan geran satunya 7 ekar dan satu lagi 4.5 ekar harga keduanya berbedza geran 7 ekar RM 1.5 juta manakala geran 4.5 ekar RM 1.35 juta, harga kedua-duanya boleh lagi dirundingkan. 

Bergambar di Tempat Parking Bot
Disebelah kiri tanah yang kami nak beli telah ada satu projek Pembinaan BangloVilla dengan harga RM 1 juta seunit.dan disebelah kanan pula telah dinaikan sebanyak 239 unit semi apartment, pendek kata untuk jangka masa yang lama tanah ini akan melambong tinggi. Bagi menyakinkan lagi tapak tanah tersebut kami ke Jeti Kuah menaiki bot menuju ke lokasi tanah yang terletak berhadapan dengan Pulau Dayang Bunting tidak jauh dengan Hotel AWANA Phatumalai.
video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan