di negeri kedah - Google Blog Search |
BLOG KEDAH: <b>di negeri kedah</b> - Google Blog Search Posted: 26 Apr 2012 03:03 PM PDT URL Sumber Asal :-
| |||
<b>Kedah</b> Ke KL: TUDIAA!! Lagi Projek Kerajaan <b>Negeri Kedah Di</b> <b>...</b> Posted: 22 Apr 2012 01:21 AM PDT Sebaik saja mengambil-alih kerajaan negeri, PAS mewar-warkan bahawa pelaburan Industri Solar di Kedah adalah usaha mereka. Kilang First Solar disenaraikan sebagai pelaburan usaha kerajaan PAS sebagaimana digambarkan oleh blogger PAS dan Warta Darulaman (sebuah akhbar kerajaan yang telah ditukar menjadi akhbar politik). Ceritanya berbilion-billion, walaupun itu hanyalah kisah lembu punya susu, sapi punya nama. Sebagaimana sebelum ini, bilamana terdapat masalah dan isu besar dalam bekalan air oleh SADA, kerajaan negeri cepat-cepat menunding kepada kerajaan pusat. Sebaliknya apabila loji atau lori bekalan air baru dirasmikan, secara ajaibnya SADA kembali kepada menjadi milik kerajaan Negeri dibawah PAS yang kononnya prihatin terhadap rakyat. Jika ada pula isu air timbul, maka kerajaan pusat pula yang akan dikatakan bertanggungjawab. Mudah sungguh kerja PAS. Berita rasmi terkini, First Solar akan menutup 4 pengeluarannya di Kulim Hi_Tech dan 500 orang pekerja akan dibuang pada peringkat awal. Apakah persediaan kerajaan negeri yang mengaku membawa pelabur tersebut masuk? Apa akan berlaku kepada pekerja yang dibuang? Apakah usaha penempatan semula kepada mereka? Usah diharap, malah Ustaz Azizan atau YB Amiruddin pun tidak peduli. Apa susah, jika krisis begini berlaku, ia akan dikatakan tanggungjawab kerajaan pusat. Itupun kalau dijawab, kalau Ustaz jawab "saya tak tau..mana saya tau.", nganga lagi la rakyat Kedah. |
You are subscribed to email updates from di negeri kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan