Sabtu, 16 Jun 2012

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


THE DUKE&#39;S BLOG: TERJAH BALAK AZIZAN <b>DI BALING</b>: EPISOD I <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 08:04 PM PDT

Baru-baru ni aku berpeluang untuk ke Baling untuk "melawat" projek balak "Azizan Razak" di Gunung Inas bersama beberapa orang rakan. Aku disambut oleh rakan, Kamera Kupang, yang janji nak bawa aku terjah kawasan balak Azizan tu...
Aku bagitau dia, masa aku nak ke Baling, aku berselisih dengan beberapa lori balak. Haaa..tu diaaaa.. Azizan punya la tuuuu..heh!
Tengahari tu...aku dibawa ke Lata Chelak. Aku dok bayangkan Lata Chelak tu macam Lata Bayu atau Lata Bukit Hijau laa..airnya sejukkkk...jernihhh...dengan kehijauan flora dan fauna yang mengkagumkan...heh! Cuma..aku tak bawak seluar extra..kalau tidak..boleh la aku berendam..!!!
Tapi bila sampai di Lata Chelak, aku tengok airnya pun aku dah geleng kepala. Keruhhhh..!!! Macam air teh ais! Heh! Member aku dari Kedahan69ers pun setuju! Potong stim betoi...! Sampah pun bertabur..

 Kami berhenti kat sebuah kedai makan kat Lata Chelak. Kedai tu nampak usang. Kata Sarjan Kamal yang bawak kami tu, kedai makan tu dah lama tutup. Ye laaa...dah takdak orang mai berkelah kat situ.. mana la tuan kedai tu tahan..tutup kedai laaa...
Menurut Sarjan Kamal, kawasan Lata Chelak di dulu tiap-tiap hari ramai orang mai berkelah. Tak pernah tak dak orang. Kadang-kadang, ramai jugak yang mai camping kat situ dua tiga hari. Tapi tu beberapa bulan dulu laaa..sekarang ni dah takdak orang mai dahhhh..
Kalau tengok kawasan berkelah Lata Chelak tu, memang menarik! Kamera Kupang kata, dia dulu selalu mai mandi dan lepak kat situ dengan family dan kawan-kawan dia. 
Tapi semua tu dah berlalu...dah berlalu sejak air kat situ dah bertukar jadi "teh ais"...sikit hari lagi terus jadi "teh ais sungai Klang" kat KL tu...heh!
Sarjan Kamal kata, air Lata Chelak tu jadi keruh dan tercemar disebabkan aktiviti balak di Gunung Inas, punca air terjun Lata Chelak tu. Disebabkan aktiviti pembalakan kat situ.. maka Lata Chelak jadi macam tu..habis jahanam tak menarik lagi...
Aku tertanya-tanya, apakah pasal hasil balak yang berjuta-juta tu maka Azizan sanggup gadaikan keindahan alam semulajadi dan rosakkan lokasi pelancongan tu?
Aku jadi panasss..! Geram. Tak sabar aku nak masuk kawasan "store balak" Azizan Razak... Dan aku meneruskan perjalanan ke kawasan "hot spot" itu...
Apa yang aku temui di kawasan balak tu..? Nantikan cerita aku selanjutnya selepas ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan