02 di kuala ketil - Google Blog Search |
- BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search
- Perak Historical Crew: Sejarah Dinding III : Dari <b>Kuala</b> Sepit ke Lumut
- KedahLanie.info: <b>KUALA KETIL</b> - Kuari pasir tidak ikut prosedur
BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search Posted: 22 Apr 2012 03:26 AM PDT URL Sumber Asal :-
| ||||||||||
Perak Historical Crew: Sejarah Dinding III : Dari <b>Kuala</b> Sepit ke Lumut Posted: 12 Jun 2012 02:46 AM PDT Jika ditinjau sejak awal pembukaan daerah Dinding, orang Melayu telah mula menetap di sini. Malahan ramai orang Melayu ini datang merantau dari Sumatera seperti Acheh, Rokan, Siak, Kampar, Jambi dan Inderagiri sejak dari abad ke-16. Hal ini dibuktikan dengan nama beberapa tempat yang dikaitkan dengan masyarakat ini seperti Teluk Batak (Teluk Batik kini) dan Teluk Rubiah. Pada tahun 1857, datang pula Nakhoda Muhammad Taib dari Batu Bahara, Sumatera ke Dinding untuk menangani isu perlanunan tersebut. Beliau juga telah membuka sebuah kerajaan kecil di Kuala Ketil setelah diberikan surat kuasa dan dianugerahkan gelaran 'Tok Noda' oleh Sultan Perak, Sultan Jaafar (1857-1863). Nakhoda Muhammad Taib kemudiannya berjaya menghapuskan lanun-lanun di Selat Dinding dan menjadi Kuala Sepit sebagai sebuah pelabuhan entreport bagi pedagang Nusantara. Pentadbiran di Kuala Sepit telah diketuai oleh beliau dan dibantu oleh Tok Pendekar Mohamad Yasin (keselamatan), Tok Baginda Raja (Pawang Besar) dan Tuan Haji Said (Kadi). Pada tahun 1873, Nakhoda Muhammad taib telah meninggal dunia di Kuala Sepit setelah 16 tahun memerintah kawasan ini. | ||||||||||
KedahLanie.info: <b>KUALA KETIL</b> - Kuari pasir tidak ikut prosedur Posted: 30 Mar 2012 11:00 PM PDT KUALA KETIL - Penduduk sekitar terutama di kawasan Kuala Ketil kecewa berikutan aktiviti kuari pasir yang dilakukan tanpa mengikut prosedur mengakibatkan ancaman kepada mereka dan juga persekitaran. Walaupun kebanyakan kuari itumempunyai permit, pengusaha terlibat langsung tidak melihat kesan kepada persekitaran kampung yang ternyata terbeban dengan aktiviti itu. Sejak sekian lama, penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah pencemaran air, hakisan tanah, jalan rosak, termasuk kerosakan ekosistem. Lebih parah, hakisan tanah akibat pengorekan tanah tanpa had itu mengakibatkan struktur jambatan di beberapa kampung rosak dan runtuh. Tidak ikut syarat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Ketil, Md Zuki Yusof berkata, terdapat beberapa kuari di kawasan ini yang dikenal pasti tidak mengikut syarat untuk menjalankan aktiviti pengorekan pasir. "Sebuah kuari di Kampung Tanjung Puteri menjalankan aktiviti ini berdekatan dengan jambatan yang menghubungkan penduduk di Kuala Ketil dengan Bukit Selambau, Sungai Petani. "Syarat untuk menjalankan aktiviti terbabit adalah tidak berdekatan dengan jambatan iaitu sekurang-sekurangnya 500 meter dari tapak pengorekan pasir, namun ia tetap dilakukan walaupun secara terang-terangan melanggar syarat yang ditetapkan," katanya. Menurutnya, ia boleh memberikan kesan serius kepada struktur jambatan iaitu kemungkinan berlakunya runtuhan. "Terdapat kira-kira 30 kuari di daerah ini yang kebanyakan tidak mengikut syarat yang ditetapkan" katanya. Md Zuki berkata, pengusaha kuari perlu lebih peka dan mengambil serius mengenai setiap masalah penduduk yang diutarakan kepada mereka. "Walaupun terdapat banyak aduan yang diberikan, pengusaha seolah-olah memandang remeh mengenai perkaraa itu sedangkan ia melibatkan keselamatan penduduk," katanya. Beliau berkata, penduduk terpaksa hidup dalam kebimbangan setiap kali memikirkan mengenai aktiviti kuari yang bakal meruntuhkan perkampungan mereka tidak lama lagi. "Tidak mustahil sebuah kampung akan menjadi pulau sekiranya aktiviti ini dilakukan tanpa memikirkan keselamatan. "Contohnya kuari di Kampung Kuala Sedim, aktiviti itu dijalankan di kawasan tebing walaupun syarat pengorekan pasir adalah di tengah sungai. "Justeru, keadaan ini mengakibatkan tebing sungai terhakis seterusnya akan membentuk sebuah pulau," katanya ketika meninjau kawasan kuari di Kuala Ketil baru-baru ini. Tinjauan Sinar Harian mendapati, terdapat pengusaha kuari menggunakan tonto untuk mengelak aktiviti mereka diserbu oleh pihak berkuasa. Ini terbukti apabila sebuah kuari di Kampung Kuala Sedim terus menghentikan aktiviti mereka pada jam 6.30 petang walaupun dimaklumakan aktiviti itu dilakukan sehingga lewat malam. Kehadiran penduduk setempat ke kawasan itu mengakibatkan beberapa pekerja melarikan diri untuk mengelak daripada ditahan. Tindakan tegas perlu diambil Katanya, pengusaha kuari yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan seharusnya diambil tindakan tegas demi memastikan keselamatan dan ekosistem kampung terjamin. "Masalah ini telah pun dipanjangkan di dalam Dewan Negeri pada tahun 2009, namun sehingga sekarang, masalah ini tetap berlaku. "Saya sememangnya kecewa apabila masalah ini seolah-olah dipandang remeh walaupun kesannya diketahui amat besar," katanya. |
You are subscribed to email updates from di kuala ketil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan