Sabtu, 9 Jun 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Azizan Terkencing, 50000 sambut PM <b>di Kulim</b> HiTech

Posted: 08 Jun 2012 02:56 AM PDT


Padang Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di sini dibanjiri kira-kira 50,000 hadirin dari seluruh daerah negeri ini dan Pulau Pinang bagi meraikan program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Kedah anjuran Media Prima Bhd (Media Prima).

Selain menyaksikan pelbagai bahan pameran, mereka yang hadir seawal jam 8 pagi turut berpeluang mendengar amanat disampaikan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan program berkenaan pada jam 4 petang.
Meskipun terpaksa bergelut dengan keadaan padang agak becak, mereka tidak mahu melepaskan peluang menimba pelbagai ilmu disediakan di ruang pameran pelbagai jabatan kerajaan, syarikat swasta dan Media Prima sendiri.
Walaupun terpaksa berjalan kira-kira satu kilometer dari tempat meletak kenderaan, pengunjung tidak menjadikannya halangan semata-mata untuk merebut peluang menemui Perdana Menteri, selain mendengar sendiri penjelasan beliau mengenai pelbagai program transformasi kerajaan.

Sebanyak 25 kementerian dan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengambil bahagian dalam program sehari berkenaan, iaitu yang ketiga diadakan selepas di Batu Pahat dan Kuching sebelum ini.

Acara kemuncak program itu adalah minum petang Perdana Menteri bersama rakyat.

1 MALAYSIA: Sesi jelajah Janji Ditepati bertempat <b>di Kulim</b> Hi Tech..

Posted: 08 Jun 2012 05:55 AM PDT

wowwww...hebatnya sambutan Dari rakyat untuk kehadiran Datuk Seri Najib.....ANWAR tentu irihati melihat keadaan orang ramai hadir sebergini rupa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan