Khamis, 28 Jun 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Tukar Tiub

Posted: 26 Jun 2012 09:17 PM PDT




SATU JEMPUTAN


PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM Siri Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan lagi kejutan demi kejutan. Jelajah Merdeka Rakyat siri Nibong Tebal pada 24 Jun 2012 telah menyaksikan kemasukan 318 orang anggota IPF, MIC dan GERAKAN yang berketurunan India diketuai oleh Ketua Wanita IPF Negeri Pulau Pinang, di mana borang kemasukan diterima sendiri oleh DSAI.

Kemasukan ini membawa satu gelombang baru dalam masa semua ternanti - nanti pengumuman tarikh pilihanraya yang masih takut untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

 Dengan imej persiapan dan penampilan pentas yang begitu tersusun dan menarik, jelajah Merdeka rakyat akan diteruskan pada 29 Jun ini di Stadium Mini Keladi, Kulim dengan menampilkan YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, YB Datuk Mahfuz Omar dan N.Surendran di samping YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dijangka Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman penting di hujung majlis itu nanti khususnya berkenaan dengan dua kerusi PKR di kawasan tersebut yang melibatkan wakil rakyat melompat.

 Siri Jelajah Merdeka Rakyat menjadi satu kemestian untuk dihadiri oleh warga setempat, selain mendapat liputan secara langsung ke seluruh dunia. Setakat ini setiap siri Jelajah Merdeka Rakyat telah mendapat kehadiran yang amat besar iaitu antara 8,000 hingga ke 20,000 orang. Dijangka kehadiran akan menjadi lebih ramai di Kulim dengan beberapa kejutan yang dinanti. Semua yang berada di sekitar adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Merdeka Rakyat di Kulim. Ayuh bersama meraikan sebuah usaha murni bagi merealisasikan sebuah Kemerdekaan Rakyat. Sekian dan terima kasih. che'GuBard Penyelaras Seketeriat Jelajah MERDEKA RAKYAT 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan