ads

Selasa, 17 Julai 2012

02 di changlun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


PERHILITAN Rampas 46 Tenggiling <b>Di Changlun</b> | MyNewsHub

Posted: 28 May 2012 03:58 AM PDT

ALOR SETAR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kedah dan Pulau Pinang merampas 46 tenggiling bernilai RM42,500 di Changlun, yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, pagi tadi.

Pengarah PERHILITAN Kedah, Rahim Ahmad, berkata rampasan itu hasil pemerhatian empat anggota penguatkuasa jabatan itu selama sebulan terhadap aktiviti penyeludupan haiwan eksotik ke negara jiran.

"Awal pagi ini, mereka menahan kereta Toyota Camry yang berhenti di lampu isyarat Pekan Changlun, tetapi pemandunya sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di Pusat Penetasan Tuntung, Bukit Pinang, hari ini.

Beliau berkata, tenggiling itu ditemui dalam bonet kereta dan empat daripadanya belum matang.

Katanya, haiwan itu diseludup serta dijual di restoran untuk dijadikan makanan atau ubat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 68(2)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim berkata, semua tenggling itu akan dilepaskan semula di hutan simpan Pedu, Padang Terap dan Hulu Muda. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Perhilitan Patahkan Cubaan Jual 7 Ekor Landak

Pemandu Lori Didenda Cuba Seludup Tong Gas

Kastam Sabah Rampas Minuman, Rokok Seludup

Perhilitan Rampas 50 Burung Kelicap Kunyit

Tekong Dan Pembantu Dijatuhi Hukuman Penjara

16 Seludup Cicak Gecko Dijel 2 Tahun

Cubaan Seludup Gula Pasir Ke Indonesia Gagal

20 Jam Meringkuk Dalam Bonet

Pelepasan Spesies Asing Ancam Haiwan Tempatan

Pakar Seludup Ubat Masuk Syria

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved