ads

Selasa, 10 Julai 2012

02 di jerai kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Kau Ilhamku: Pesona Hill Dilihat(PhD): Gunung <b>Jerai Kedah</b>

Posted: 30 Jun 2012 09:52 PM PDT

Perjalanan separuh hari ke Gunung Jerai, Kedah pada 4 Jun lalu amatlah menggembirakan hatiku. Pertama, aku teruja kerana ini adalah kali pertama aku ke Gunung Jerai dan kedua kerana abah mertua yang selalu 'ditinggalkan' turut serta dalam JJCM kami.  
Kami bertolak selepas bersarapan pagi dari Telok Air Tawar dan tiba di kaki Gunung Jerai pukul 10.30 pagi. Kami tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri   untuk ke puncak kerana ada tanah runtuh. Oleh itu, kami diminta menaiki van sewa yang disediakan dan kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 100- 200m menyusuri tebing tanah runtuh. Cabaran untuk abah mertuaku yang dah tua dan sakit kaki, namun alhamdulllilah....abah berjaya melepasi jalan kaki secara mendaki! Melepasi kawasan tanah runtuh, kami menaiki sebuah van lain yang telah sedia menunggu. 
Tiba di puncak, keadaan kabus. Pemandangan sawah menghijau di kaki gunung tidak kelihatan. Kami berehat sambil menikmati kopi dan pemanis mulut di Restoran Puncak Kedah, Gunung Jerai. Kulihat sebuah surau tersergam indah di atas puncak yang sedikit lebih tinggi dari kedudukan restoran. Lantas, aku mengajak Danish dan Dhia yang telah habis menikmati hidangan untuk ke sana. Setelah selesai urusan di surau, kami pun turun semula. Tiba-tiba, kabus bergerak perlahan-lahan dan mempamerkan keindahan alam semulajadinya. "Subna Allah...Cantiknya!" 
Menyaksikan keindahan Gunung Jerai ini mengingatku tentang ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman iaitu "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah, yang kamu hendak dustakan?". Pesona Gunung Jerai memotivasikan diriku agar berusaha tanpa jemu untuk melaksanakan perintah Allah swt dan menjauhi laranganNya, sebelum semua nikmat diambil semula oleh Tuhan Yang Maha Pencipta Lagi Maha Berkuasa.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved